Majlis Sosial Seperti Kenduri Kahwin,Tunang Dibenarkan Bermula 1 Julai
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumkan kerajaan kini membenarkan penganjuran sebarang majlis sosial seperti majlis perkahwinan, akikah, hari jadi serta semua majlis sosial dibenarkan bermula 1 Julau ini.
“Majlis sosial ini merangkumi kenduri, majlis perkahwinan, ulang tahun perkahwinan, majlis keagamaan seperti tahlil, aqiqah, dan doa selamat, majlis-majlis seperti reunion, hari jadi dan lain-lain,” katanya dalam sidang media di sini pada Jumaat.
Hanya 3-5 jam & kurang dari 250 orang
Semua majlis itu bagaimanapun menurut Ismail Sabri perlu dihadkan antara 3 hingga 5 jam sahaja dan tidak melebihi 250 orang tetamu.
“Bagaimanapun kita mengehadkan masa antara tiga hingga lima jam sahaja.
“Kapasiti pengunjung kekal tidak melebihi 250 individu, tetapi tertakluk kepada saiz ruang atau lokasi diadakan.
Tempat kecil kapasiti juga harus dikecilkan
Kalau tempatnya kecil dan sukar melaksanakan penjarakan sosial mungkin cukup setakat 150 orang atau jumlah yang mampu dimuatkan sahaja, tidak semestinya sehingga 250 orang,” katanya pada sidang media harian di Putrajaya, hari ini.
Bufet dibenarkan namun dihidangkan oleh pramusaji
Mengulas lanjut mengengai penyajian , Ismail Sabri menjelaskan dasar kerajaan mengizinkan penganjur menyediakan hidangan bufet pada majlis sosial namun ianya perlu dihidangkan oleh pelayan sepanjang majlis tersebut berlangsung.
“Makanan perlu dihidangkan pramu saji, yang terbaik dicadangkan supaya membuat hidangan di atas meja,” katanya.
Perlu daftar aplikasi Mysejahtera atau secara manual
Menurutnya lagi, mereka yang berada di sana termasuk penganjur dan tetamu digalakkan memakai pelitup muka.
“Penganjur majlis juga mesti mendaftarkan tetamu menggunakan aplikasi MySejahtera atau secara manual sebagai rekod sekiranya berlaku kes jangkitan.
“Laluan keluar masuk tetamu juga perlu berbeza untuk mengelakkan kesesakan.
“Namun, jika penganjur merasakan sukar untuk mengawal dan memastikan penjarakan sosial, penganjur dinasihatkan supaya tidak menganjur majlis,” katanya