fbpx
Now Reading
Dalam Kesibukan Perang Covid-19, Rupanya Lagi Ramai Kena Demam Denggi

Dalam Kesibukan Perang Covid-19, Rupanya Lagi Ramai Kena Demam Denggi

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Disaat rakyat negara kita masih lagi mengamalkan penjarakan sosial dan mematuhi segala saranan kerajan dalam mengawal jangkitan Covid-19, dalam diam-diam, kes demam dinggi semakin meningat dari hari- hari

Malah datanya juga agak mengejutkan dimana jumlah keseluruhan kes demam denggi dari 29 Disember 2019 hingga ke hari ini adalah sebanyak 53,3965 berbanding jumlah keseluruhan kes jangkitan Covid-19 iaitu 8,596

Menerusi laporan yang dikeluarkan iDengue, setakat semalam sahaja 24 Jun 2020, terdapat 338 kes baru yang dilaporkan dalam sehari

Selangor kes tertinggi

Laporan sama yang bersumber dari  Bilik Gerakan Denggi Kebangsaan CPRC, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), turut merekodkan Selangor sebagai negeri dengan kes tertinggi.

Angkanya juga begitu berbeza dimana Selangor dengan jumlah kes sebanyak 29,703 meninggalkan jauh Kuala Lumpur sebagai negeri ke-2 tertinggi dengan 5,529 diikuti Johor dengn 4,999 kes.

Jumlah kematian berpunca dari demam denggi pula setakat ini adalah 90 orang.

Terdahulu KKM menerusi Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Seri Dr Noor Hisham Abdullah menjangkakan gelombang kedua wabak denggi akan bermula awal bulan Jun sehingga September 2020,

Ini menurutnya berdasarkan trend kes demam denggi yang direkodkan sejak lima tahun lalu.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.