fbpx
Now Reading
Kumpul Saham Akhirat, Defender Kedah, Azmeer Beli Tanah Untuk Bangunkan Pusat Pengajian Islam

Kumpul Saham Akhirat, Defender Kedah, Azmeer Beli Tanah Untuk Bangunkan Pusat Pengajian Islam

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.facebook.com/AZYU25/posts/3011826355565186?__xts__%5B0%5D=68.ARDuYwZZZ5cPXnOK24wh6KdMUTEqCrWjABbPUFTLBt8lNtx3lfybUJYioUMKxK-d-iyLGdFQ5Oum54WI0NJGP0cLXp-_9A-7tQl5bydx-OqZmNwsnkTh8HkhDVc_lJ8BzHw_rbU7Y8KmoxeB9I8g0xqwz1w4WYl9yr2ULuKLfutz-BamPxGQCJ3bZCS5eJVFwpBMKnOTLwr1nAe_SvpUP7Pse1wA4cEbUZOJJZjy91m4cO47jiKMqxOpKLL2Tw35ZT6Znx3-G-fklG1bjZ9MBmsGAJuwm9xl2YuVcW-hCa6m-0b367_W7iPxiG8atHa2kseVd6gy1FIqmM0ah1_C7otIRQ&__tn__=-R

Kerap menarik perhatian ramai atas kerja amalnya untuk ‘hari mendatangnya’, pertahanan bek kiri pasukan Kedah FA, Azmeer Yusof  sekali lagi mencuri tumpuan ramai apabila dia dikhabarkan sedang dalam proses membeli sebuah tanah di Tongkang Yard, Alor Setar.

Yang menariknya, tujuan Azmeer membeli tanah tersebut adalah untuk membangunkan sebuah pusat pengajian islam yang diberi nama ‘Pusat Pengajian Islam Azmeer Yusof’ yang akan memfokuskan pada pembelajaran agama seperti kelas Al-Quran, pengajian kitab Hadis, kuliah dan sebagainya.

Perancangannya itu dikongsikan kepada rakan dan orang ramai menerusi satu posting di laman Facebook beberapa hari lalu.

Alhamdulillah pembelian tanah saya di TONGKANG YARD, ALOR SETAR KEDAH hampir selesai. in syaa Allah di tanah tersebut saya akan bangunkan sebuah pusat yg akan diberi nama PUSAT PENGAJIAN ISLAM AZMEER YUSOF.

Di situ nanti saya akan tempatkan Guru2 Quran utk lelaki & perempuan, Guru2 Hadis, Kuliah Agama, tempat belajar Agama & sebagainya in syaa Allah.

Doakan segala niat saya dipermudahkan Allah SWT.
Dan harap semua akan menyokong PUSAT PENGAJIAN ini 

Bersama posting yang sama dia turut berkongsi contoh lakaran reka bentuk pusat tersebut sebagai tatapan orang ramai.

Tambahnya lagi, jika sebelum ini dia menolak sebarang bantuan kewangan untuk kerja-kerja amal yang dilakukannnya, kini untuk bersetuju untuk menerima wakaf tunai dari orang ramai ingin turut serta dalam merealisasikan pusat pengajian tersebut.

Ramai juga yg inbox saya minta nombor akaun sebelum ni. So far saya tak pernah bagi nombor akaun saya. Selagi tuan2 puan2 support business saya, in syaa Allah saya mampu. Tapi utk PUSAT PENGAJIAN ini, in syaa Allah saya akan buka utk sesiapa yg nak WAKAF TUNAI. Apa2 nanti saya akan update dari masa ke semasa in syaa Allah 😉
AGAMA KITA, KITA JAGA !

Perkongsian dari Azmeer telah mendapat respons yang positif dari orang ramai, malah ramai yang dilihat berminat untuk menabur sama dalam merealisasikan rancangan pusat pengajiannya itu.

Tidak kurang juga segelintir mereka yang memuji inisiatif pemain bola sepak ini.

Terdahulu di sekitar Mac Azmeer telah membuka peluang untuk menaja 10 orang lelaki di bawah umur 40 tahun yang ingin belajar Al-Quran di rumahnya di Tongkang Yard, Alor Setar.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.