fbpx
Now Reading
“Saya Tak Keluar Tudung Pun” – Bersyukur Gaya Tudung Jadi Ikutan, Namun Faezah Elai Nafi Tudung Popular Produknya

“Saya Tak Keluar Tudung Pun” – Bersyukur Gaya Tudung Jadi Ikutan, Namun Faezah Elai Nafi Tudung Popular Produknya

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/CBx35AQppLP/

Ramai kaum wanita pasti bersetuju kalau kami katakan, pelakon Faezah Elai antara selebriti yang tampil dengan gaya tudungnya sendiri selepas berkeputusan mengenakan hijad pada tahun 2015.

Bukan sahaja dilihat sopan dengan tudung labuh malah design yang digunakan agak menarik sehinggakan gaya penampilannya menjadi inspirasi ramai wanita berhijab.

Tiada kaitan dengan tudung ‘Faezah Elai’

Namun tak ramai yang tahu, tudung ‘Faezah Elai’ yang meletup-letup di pasaran ketika ini sebenarnya langsung tiada kaitan dengan aktres ini.

Menerusi instagram Faezah meluahkan rasa syukur apabila ada yang berpendapat terdapat segelintir wanita beralih ke tudung labuh selepas melihat penampilannya

Berdiam diri kerana seronok dengan ‘hijrah’ orang ramai

Memandangkan dia seronok melihat penghijrahan sebegini, dia memilih untuk dia bersuara sedangkan produk yang menggunakan namanya itu langsung tidak berkait dengannya

“Saya bersyukur apabila ada orang kata, ramai bertudung labuh selepas tengok saya pakai. Jadi ramai yang keluarkan tudung style ala-ala Faezah Elai.

“Saya sedar ada beberapa pihak menggunakan nama saya untuk jual tudung anda, saya diam sebab seronok melihat ramai mula menutup dada mereka.

Perlu bersuara elak kekeliruan

Namun kini dia merasakan perlu bersuara memandangkan ramai terkeliru menyangkakan dia adalah pemilik jenam tudung terbabit.

Bimbang ada yang tertipu dia berkeputusan mendedahkan perkara berkenaan kepada orang ramai.

Ramai DM nak jadi ejen

“Tapi disebabkan ramai sangat DM saya tanya macam mana nak jadi ejen atau stokis tudung Faezah Elai, saya nak beritahu saya tak ada bisnes tudung yang kamu nak jadi stokis tu,” katanya.

Ada juga komplen kena tipu

Menurut Faezah lagi, dia juga ada menerima mesej aduan dari ‘pelanggan’ yang ditipu selepas membeli tudung terbabit. Justeru engan namanya dikaitkan dia meminta pengusaha-pengusaha tudung agar berhenti dari menggunakan namanya secara langsung kerana khuatir akan menimbulkan kekeliruan

“Ramai yang complain kata kena tipu, beli yang tak original. Ada yang tanya macam mana nak tahu original atau palsu.

“Kalau nak buat tudung macam saya pakai pun beritahulah tudung inspirasi Faezah Elai ke, tudung ala-ala Faezah Elai ke. Janganlah letak tudung Faezah Elai sebab saya tak keluar tudung pun, kesian orang kena tipu,” katanya.

Malah menurutnya tudung yang digunakan turut dibeli dari sebuah butik muslimah yang agak terkenal di pasaran.

Justeru itu, Faezah memohon orang ramai untuk memberitahu kenalan mereka bahawa dia setakat ini tidak mempunyai sebarang perniagaan tudung muslimah namun akan memaklumkannya sendiri jika dia berbuat demikian satu hari nanti.

Tegas Faezah lagi dia niatnya mengenakan tudung labuh kerana dia memang mahu memakainya dan bukan kerana ingin menjual tudung.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.