fbpx
Now Reading
Selepas Veveonah, Kini Gadis Ini Pula ‘Berkelambu’ Di Hutan Demi Siapkan Group Presentation

Selepas Veveonah, Kini Gadis Ini Pula ‘Berkelambu’ Di Hutan Demi Siapkan Group Presentation

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Nampaknya selepas kisah Veveonah Mosibi yang tular di media sosial kerana terpaksa bermalam di atas pokok kerana mengalami masalah signal internet, seorang lagi mahasiswi di kawasan pedalaman turut mengalami nasib yang hampir sama sepertinya

Namun sedikit berbeza dari Veveonah, Rose ED seorang penuntut tahun akhir di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) difahamkan terpaksa ‘berkampung’ di hutan kerana perlu menyelesaikan perbentangan berkumpulan secara online.

Berkampung dalam kelambu

Menerusi satu posting di Facebook, Rose yang berasal dari Pakan, Sarawak mengikut tips menggunakan kelambu yang digunakan Veveonah sebagai persediaan bagi mengelak diserang nyamuk di sana

Setelah melihat video viral budak Sabah haritu, hari ni saya terfikir mahu guna idea beliau menggunakan kelambu cegah nyamuk. Hari ini 24 Jun 2020, selesai sudah presentation group online melalui system MyGuru.

Sepatutnya presentation ini sudah selesai pada minggu lepas tetapi terpaksa ditunda kerana diri ini gagal untuk menghadirkn diri ekoran daripada capaian internet yang sangat lemah di kawasan pedalaman. Saudara saudari, hari ini saya terpaksa bersedia awal untuk persiapan diri sendri sebelum presentation bermula tadi. Seperti yang saudara saudari lihat di dalam gambar tersebut, lokasi ini adalah di kawasan hutan (babas) tempat kami menoreh getah.

Internet di hutan lebih bagus dari kawasan rumah

Capaian internet di sini lebih bagus berbanding di kawasan rumah panjang. Walaupun kawasan kampung kami tidak mempunyai capaian internet tetapi terdapat juga beberapa kawasan di sekitar kampung yang dapat dikunjungi untuk mencari internet seperti kawasan berbukit, kawasan ladang sawit.

Namun, kawasan ini tidak sesuai untuk dikunjungi setiap hari memandangkn saya sendiri mempunyai jadual kelas yang penuh kecuali Selasa dan Ahad.

Hari ini saya memilih tempat ini kerana dekat dengan kebun ayah dan selapas habis kelas, saya dapat menolong ayah baik pulih pondok di kebun untuk kegunaan kelas online saya pada hari seterusnya.

Kos yang tinggi dan perlu kenderaan untuk ke pekan

Untuk pengetahuan saudara saudari, kampung kami tidak lah jauh mana dari kawasan Pekan Pakan. Namun, perlu kita fikir di sini bahawa untuk pergi ke pekan adalah memerlukan kos dan kenderaan yang baik untuk ulang alik setiap hari. Saya orang kurang berkemampuan jadi saya tidak mampu untuk pergi ke pekan hari-hari tambahan pula keadaan cuaca yang kerap hujan. Sebagai seorg final year student, saya sangat memerlukan capaian internet yang bagus untuk access maklumat final year project (FYP). Segala system MyGuru, MyUpsi Portal & Pustaka Upsi langsung tidak dapat di access.

Tuan-tuan dan Puan-puan, pihak UPSI sememangnya menjaga kebajikan para pelajarnya kerana bagi pelajar yang mengalami gangguan internet masih boleh memperolehi nota yang dihantar melalui pos namun berkaitan posting saya di Facebook hanyalah untuk membuka mata pihak kerajaan negeri untuk mengambil tindakan sewajarnya sampai bila kawasan pedalaman ini harus dibiarkan seperti ini.

UPSI jaga kebajikan pelajaran hantar nota melalui Pos

Dia yang berharap perkongsiannya mendapat perhatian pihak bertanggungjawab bagaimanapun menerusi satu posting yang berbeza memaklumkan yang pihak UPSI sentiasa menjaga kebajikan para pelajar yang menghadapi masalah internet sepertinya dengan menghantarkan nota melalui pos.

Malah dia turut mengambil kesempatan memohon maaf seandainya ada pihak yang terguris hati dengan perkongsiannya.

Tuan-tuan dan Puan-puan, pihak UPSI sememangnya menjaga kebajikan para pelajarnya kerana bagi pelajar yg mengalami gangguan internet masih boleh memperolehi nota yg dihantar melalui pos namun berkaitan posting saya di fb hanyalah utk membuka mata pihak kerajaan negeri utk mengambil tindakan sewajarnya sampai bila kawasan pedalaman ini harus dibiarkan seperti ini.

Saya banyak kali berfikir nak tulis apa risau ada pihak yg terguris hati. Dengan rasa rendah hati, saya memohon maaf sekiranya saya ada terkasar bahasa 

Namun pada tanggapan penulis, mereka sebagai seorang rakyat Malaysia juga turut berhak mendapat apa sahaja kemudahan infrastruktur sama seperti pelajar-pelajar lain yang berada di bandar.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.