
Tak Sanggup Ambil Skrol Guna Green Screen, Bakal Graduan UiTM Rela Tangguh Konvokesyen
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Penularan wabak Covid-19 memaksa banyak normal baharu diperkenalkan sebagai usaha mengawal virus maut tersebut
Banyak acara-acara besar yang terpaksa ditangguhkan atau diubah tradisinya memandangkan kerajaan hanya membenarkan sesuatu majis berlangsung dengan kapasiti kehadiran tidak melebihi 250 orang.
Antara yang terkesan pastinya majlis istiadat konvokesyen buat para graduan yang bakal berlangsung tidak lama lagi.
Namun demi meneruskan upacara tersebut, terdapat beberapa institusi di luar negara yang mengubahsuai tradisi mereka bagi disesuaikan dengan keadaan semasa antaranya dengan mengadadakan majlis konvo secara ‘drive thru’ di Amerika Syarikat dan India serta majlis menggunakan robot di Jepun
Tidak terkecuali, IPT tempatan iaitu Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang dikhabarkan tampil dengan cadangan untuk mengadakan majlis konvokesyen secara ‘janji temu’ buat para graduan mereka

Menerusi Twitter, seorang penggunanya Zulfan Rahman telah berkongsi video berdurasi lebih seminit yang menunjukkan langkah-langkah yang perlu di ambil para graduan sebagai normal baru dalam menyertai istiadat konvokesyen yang menurutnya sedang dipertimbangkan oleh UiTM.
UiTM buat convocation "temu janji" sbb pkp. Tolong jangan sia2kan 3 tahun aku mcm ni. pic.twitter.com/eb8OCOxl2H
— Zulfan Rahman (@stilpan_) June 24, 2020
Menerusi video tersebut, pelajar dikehendaki membuat proses saringan COVID-19 sebelum dibenarkan masuk ke kampus. Dari situ mereka kemudiannya akan mendapatkan jubah masing sebelum foto mereka dirakam dengan menggunakan layar green screen.
Perkongsian berkenaan membuatkan kebanyakan pelajar dan bakal graduan mereka sedikit tidak senang duduk kerana tidak bersetuju dengan pendekatan tersebut.
Ini kerana menurut mereka upacara tersebut seharusnya berlangsung di pentas dan turut disaksikan oleh ibu bapa serta penjaga mereka selepas beberapa tahun berhempas pulas menghabiskan pembelajaran di IPT.
Kami boleh tunggu tahun depan. Tiada masalah
Apa masalahnya kalau buat tahun depan? Kami boleh tunggu, takde masalah pon.
— Bella Hadid (@nabilfikran10) June 25, 2020
Panggung wayang boleh buka, semua boleh bukak. Convo tak boleh.
Ramai? Convo la 2 bulan 😤
Tiga setengah tahun belajar nak konvo macamtu?
Minggu ni memang hati rasa tak sedap,sayu je..pastu tahu pulak uitm nak buat konvo temu janji tu,lagilah aku rasa down gila kot,mungkin org lain tak kisah tapi aku kisah bila dia buat konvo mcm tu,like seriously nak buat konvo mcm tu? 3 tahun setengah kot belajar..😭😭
— MERRYGOROUND (@dayahghafar) June 25, 2020
Rela tangguh dari guna green screen
Aku rela lah tangguh konvo dri kena buat green screen tu. Aku ada trust issue sikit dgn editing uitm sbb dah prnh kena 😂
— N 🦄 (@flwersv) June 25, 2020
Namun dalam masa sama, seorang pengguna Twitter memaklumkan terdapat survey yang boleh diisi oleh graduan yang bakal berkonvo tahun ini dimana mereka boleh menyuarakan sama ada bersetuju atau tidak dengan cadangan tersebut
Cara konvo ni mungkin akan diadakan untuk sesi konvokesyen yang sepatutnya berlangsung sepanjang 2020. You guys yang terlibat boleh isi survey ni utk nyatakan hasrat nak join ke tak & sebab.
— izzi (@IzzRaifHarz) June 24, 2020
Survey ni start harini sampai 30th June 2020 saja tau!! https://t.co/UHAbqE3oV1

Dalam pada itu, video penuh Konvokesyen menggunakan green screen ini yang sebelum ini paparkan di Youtube bagaimanapun telah ditukar settinganya dan kini tidak boleh di akses orang awam.