fbpx
Now Reading
12 Tahun Bina Empayar, Airbnb Jatuh Tersungkur Hanya Kerana Covid-19

12 Tahun Bina Empayar, Airbnb Jatuh Tersungkur Hanya Kerana Covid-19

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Rasanya umum mengetahui penularan wabak Covid-19 yang begitu pantas memaksa kerajaan seluruh dunia melaksanakan lockdown dan melarang sebarang aktiviti penerbangan sebagai usaha mengawalnya dari terus merebak.

Keputusan itu menyebabkan banyak sektor jatuh merudum terutamanya sektor pelancongan seperti industri penerbangan dan perhotelan.

Lebih menyedihkan apabila ada perusahaan yang terpaksa gulung tikar atau dalam keadaan ‘nyawa-nyawa ikan’ sehingga terpaksa melakukan pelbagai tindakan drastik demi meneruskan perjalanan.

Antara yang teruk terkesan adalah syarikat hospitaliti ternama di dunia iaitu Airbnb.

Tak sangka impak Covid-19 begitu kuat

Mengakui tidak menyangka impak Covid-19 sebegitu dahsyat terhadap perniagaan yang sudah diusahakannya selama 14 tahun , Ketua Pegawai Eksekutif Airbnb, Brian Chesky berkata dia sendiri tidak pasti apa yang akan terjadi kepada perniagaannya yang bermodelkan pelancongan itu

Ini kerana masyarakat masih lagi takut dan khuatir virus maut yang sudah membunuh hampir setengah juta manusia itu mampu menyerang sekali lagi.

“Kami mengambil masa 12 tahun untuk membina Airbnb, dan kami hampir hilang kesemuanya hanya dalam empat ke enam minggu

” (Industri) Pelancongan macam yang kita semua tahu sudah berakhir. Bukan langsung tiada, cuma kepesatan industri pelancongan yang kita ketahui sudah tiada, dan ianya tidak akan kembali ” kata Chesky pada satu wawancara bersama CNBC

Buang 1,900 pekerja pada May 2020

Susulan dari itu Chesky dan pengurusan Airbnc lainnya telah berkeputusan membuang 25% dari tenaga kerja mereka iaitu bersamaan 1900 orang

Malah mereka turut merangka beberapa strategi dan membekukan beberapa aktiviti antaranya pemasaran dalam mengukuhkan kewangan syarikat mereka yang semakin goyah.

Meskipun keadaan mereka dilihat sedikit pulih selain menjangkakan akan mengutip keuntungan tahunan sebanyak 50% dari apa yang berjaya mereka perolehi pada tahun 2019, CEO Airbnb ini bagaimanapun tidak mahu terlalu berharap yang syarikatnya mampu pulih 100%

Malah rancangan mereka untuk menyertai IPO pada tahun ini dijangka ditunda bergantung kepada keadaan semasa

Terdahulu BBC dalam satu rencana melaporkan PBB telah mendedahkan 112 entiti perusahaan besar diantaranya Airbnb, Booking.com dan Expedia telah menyokong penjajahan Israel terhadap Palestin.

Masyarakat Palestin dan dunia menyifatkan laporan tersebut adalah ‘kemenangan buat perundangan dunia manakala Israel berpendapat sebaliknya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.