fbpx
Now Reading
Amyza Aznan Sedia Terima Dokumen Dari Peguam Anjoulie

Amyza Aznan Sedia Terima Dokumen Dari Peguam Anjoulie

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Nampaknya kemelut dan perang dingin membabitkan tiga selebriti tempatan iaitu Amyza Aznan, Emelda Rose dan Zarina Anjoulie akan terus berlanjutan untuk satu tempoh yang agak lama.

Zarina yang pada April lalu telah menuntut permintaan maaf dan pampasan sebanyak 4 juta terhadap dua orang selebriti senior iaitu Amyza Aznan dan Emelda Rosmila kini berdepan perkara sama apabila Emelda pula membuat tuntutan maaf dari nya

Namun laporan media sebelum ini menyebut tiada sebarang respons yang keluar dari mulut Amyza berhubung perkara terbabit.

Malah peguam yang mewakili Zarina memaklumkan anak guamnya sudah memfailkan permohonan supaya Mahkamah Tinggi  memasukkan penghakiman terhadap Amyza yang gagal memasukkan kehadiran sejak saman difailkan.

Terbaru kolumnis terkenal Astro Gempak, Badrul Hashim melaporkan pihaknya berjaya menghubungi Amyza dan pelakon berpengalaman itu bersedia memberikan kenyataan. 

Minta peguam Anjoulie hadir ke Astro untuk serahkan dokumen

“Berdasarkan nasihat yang diterima dan informasi yang baru saya ketahui melalui sebaran media pada hari semalam (25 Jun), maka saya bersedia untuk menerima dokumen dari peguam yang mewakili Zarina Anjoulie iaitu Nurul Hafidzah.

“Saya mohon Nurul Hafidzah hadir ke bangunan Astro di Bukit Jalil pada hari Isnin, 29 Jun 2020, pukul 4:00 petang untuk menyerahkan dokumen tersebut,” kata Amyza kepada portal Gempak.

Sebagai rekod salah faham ini bermula selepas Anjoulie menyelar tindakan beberapa rakan artis yang memohon Bantuan Prihatin Nasional (BPN) khas untuk penggiat seni yang terkesan susulan penularan Covid-19 dan pelaksanaan PKP.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.