fbpx
Now Reading
“Saya Tak Bersalah Hanya Unsur Fitnah” – Kes Dera Anak Angkat Aliff Syukri Selesai

“Saya Tak Bersalah Hanya Unsur Fitnah” – Kes Dera Anak Angkat Aliff Syukri Selesai

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Nampaknya kes kontrovesi usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri yang didakwa mendera anak angkatnya, Aminah Alip Syah sudahpun selesai.

Difahamkan mahkamamah memutuskan pengasas Dherbs itu tidak bersalah dan terlepas dari sebarang hukuman.

Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Aliff sendiri menerusi satu posting di Instagram miliknya yang pada mulanya hanya dimuat naik untuk berkongsi foto anak ketiganya, Ibrahim yang tercedera selepas terjatuh dari motorsikal

“Budak lasak jatuh motosikal, Ibraheem Adham… dia akan kembangkan hidung tanda dia bersalah.

“Kalau Ameenah kena (luka) mahu kes polis. By the way, kes Ameenah mahkamah dah putuskan yang saya tak bersalah hanya berunsur fitnah!” tulisnya di ruangan kapsyen

Terdahulu usahawan terkenal ini didakwa telah memukul anak angkatnya Ameenah yang baru berusia dua tahun dipercayai berlaku di kediamannya di Petaling Jaya pada penghujung Februari lalu

Menerusi satu laporan polis yang tular, insiden tersebut dilaporkan sendiri oleh pembantu rumahnya sehari selepas kejadian itu berlaku

Aliff kemudian ditahan untuk disoal siat sebelum dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangannya diambil.

Video sewaktu insiden berkenaan turut dilaporkan tular di media sosial.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.