fbpx
Now Reading
Tahniah! Joe Flizzow Sah Bergelar Suami Kepada Marini Ramlan

Tahniah! Joe Flizzow Sah Bergelar Suami Kepada Marini Ramlan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/CB4YNnVpPPI/https://www.instagram.com/p/CB4q1YGpVfE/

Tahniah kami ucapkan kepada penyanyi rap dan produser muzik terkenal, Joe Flizzow yang telah selamat mendirikan rumahtangga dengan wanita pilihan hatinya, Nurin Marini Ramlan.

Berita gembira tersebut telah dikongsikan oleh ibu mertuanya, Fatimah Ismail satu posting di laman Instagram miliknya . Dia dalam masa sama turut meletakkan tanda pagar #JoeNini pada perkongsian tersebut

“Hari ini merupakan hari bahagia anak perempuan saya Nini dan Joe Flizzow. Tahniah buat keduanya, semoga perkahwinan kalian direstui Allah dan kekal selamanya.

“Kepada Joe, selamat datang ke dalam keluarga kami. Sayang selamanya, Ibu,” tulis Fatimah yang turut berkongsi foto pasangan tersebut yang lengkap mengenakan persalinan berwarna putih.

Perkara sama turut dikongsikan oleh adik kepada Marini iaitu Didi Ramlan di Istagramnya

Terdahulu Joe atau nama sebenarnya Johan Ishak bertunang dengan Marini pada 29 Disember tahun lalu.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.