Umpama Filem Planet Apes, Bandar Di Thailand Kini Dikuasai Beribu Monyet

“Kami tinggal di dalam kurungan, namun monyet berkenaan hidup bebas di luar ” Itu antara luahan Kuljira Taechawattanawanna, seorang penduduk di bandar Lopburi, yang terpaksa hidup di dalam pagar jaring demi keselamatannya.

Lopburi, bandar purba di Thailand ini kini berdepan ancaman ekoran kawasan mereka yang dikuasai hampir 6,000 ekor monyet selepas kerajaan mereka menutup sempadan negara sekaligus menghentikan aktiviti pelancongan di Thailand.

Rumah Kuljira yang terpaksa di pasang pasang di sekelilingnya demi menghalang kemasukan monyet
Foto : AFP

Haiwan ini bukan sahaja bermaharajalela di jalan sekitar kuil Prang Sam Yod di tengah bandar malah mereka sudah mula bertindak agresif dengan mencuri di rumah dan kedai-kedai berhampiran.

Semua ini berlaku kerana monyet-monyet ini berdepan kekurangan makanan susulan ketiadaan pelancong di kawasan terbabit yang biasanya akan memberikan habuan pisang kepada mereka.

Foto : Albawaba

Malah harus diakui monyet-monyet yang kini digelar ancaman kepada penduduk tempatan adalah tarikan utama pelancong ke bandar Lopburi pada suatu masa dahulu sehingga bandar tersebut turut dikenali sebagai ‘Bandar Monyet’

Kedai-kedai berhampiran yang teruk diganggu oleh haiwan ini juga kini terpaksa menggunakan boneka patung harimau dan juga buaya bagi menakutkan kumpulan monyet ini.

Foto : AFP

Namun kaedah ini jelas tidak mampu menghalang mereka yang begitu agresif mencari makanan sehingga ada pekedai yang terpaksa memasang pagar sama seperti Kuljira bagi menghalang kemasukan kawanan monyet ini .

Difahamkan kesemua monyet ini kini menjadikan sebuah pawagam terbiar yang terletak di belakang kuil Prang Sam Yod sebagai kubu baru mereka.

Difahamkan kerajaan Thailand ketika ini sedang giat menjalankan proses strerilisasi dan mengasi monyet-monyet ini didalam sebagai mengawal mereka dari terus membiak dan membuat kacau.

Foto : AFP

Terdahulu di sekitar bulan Mac tular satu video di media sosial menunjukkan beratus-ratus monyet menyelongkar makanan di jalanan malah bergaduh sesama sendiri kerana kekurangan makanan.

Tonton video tersebut di bawah :

atau pergi ke link youtube mereka di sini

Recent Posts

  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

54 mins ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

1 hour ago
  • News

Bukan Sunnah Rasulullah SAW, Mufti Perak Seru Berhenti Boikot KK Mart

Mufti Perak Wan Zahidi berkata, Rasulullah SAW tidak mengamalkan aktiviti memboikot walaupun dengan musuh agama…

2 hours ago
  • Trending

Hukum Main Claw Machine Haram – UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus (UAI), bermain claw machine adalah haram kerana ia termasuk dalam kaedah…

2 hours ago
  • News
  • Trending

Bukan Paku, Rupanya Serpihan Besi Skrap Jadi Punca Puluhan Kereta Rosak Di Lebuhraya Karak

Menurut KPD Bentong, pihaknya telah menerima dua laporan berhubung kejadian itu yang masing-masing dari pengguna…

5 hours ago
  • Trending

“Tak Pelah Wangi Bilik Nek” – Reaksi Santai Nenek Lihat Cucu Main Bedak Jadi Perhatian [Video]

Wanita yang menggelarkan dirinya nenek itu langsung tidak menunjukkan kemarahan kepada Danish malah, dia turut…

6 hours ago