1000 Lot Niaga Khas Untuk Golongan Muda & Mereka Yang Hilang Pekerjaan Akibat Covid-19

Menteri Wilayah Persekutan, Tan Sri Annuar Musa hari ini memaklumkan kementeriannya pada bulan hadapan akan mewujudkan 1,000 lot perniagaan baharu antarnya kios dan foodtruck demi membantu golongan mereka serta individu yang hilang pekerjaan akibat Covid-19

Jelas Annuar, Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) akan menempatkan kesemua lot perniagaan itu di lokasi hot spot yang menjadi tumpuan di Kuala Lumpur serta Putrajaya dengan kadar sewa yang berpatutan.

Menurut Annuar, permohonan bagi mendapatkan slot ini akan dibuka secara dalam talian bermula 1 Julai ini. Beliau berharap golongan muda dan mereka yang hilang pekerjaan akan membuat membuat permohonan memandangkan lot ini diwujudkan khas untuk mereka dan kementerian akan bertindak tegas memastikan tiada pihak mengambil kesempatan termasuk menyewakannya kepada warga asing.

1000 lot tersebut merangkumi 400 kios kecil di kawasan tumpuan orang ramai, 400 lagi jenis foodtruck dan baki 200 lot kecil di dalam pusat beli belah.

“Buat permulaan ini, 400 kios kecil dan besar akan ditempatkan di kawasan strategik seperti tempat pejalan kaki dan tumpuan pelancong di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Bintang Walk, Little India dan sekitar Bangunan MARA dan termasuk perhentian bas di ibu negara dan Putrajaya.

“Selain itu, 400 lot lagi adalah untuk trak makanan di lokasi yang kita rasakan sesuai manakala 200 lagi adalah lot di dalam pusat membeli belah seperti di Berjaya Times Square dan sebagainya,” jelas Annuar kepada portal Bernama

Annuar Musa cuba membakar kuih akok semasa melawat gerai Akok Pok Long di Peringat. Foto : Bernama

Difahamkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sudahpun menyiapkan sebahagian kios tersebut dan peniaga juga boleh membina kios sendiri dengan mengikut panduan saiz dan reka bentuk yang telah ditetapkan

“Pembinaan kios kali ini mesti cantik sebagai tarikan kepada pelancong dan kita mahu ia tidak menghalang lalu lintas, tidak menimbulkan masalah kepada peniaga lain dan paling penting adalah aspek kebersihan yang mesti diutamakan,” katanya

Dalam pada itu KWP difahamkan sedang bekerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan(KBS) serta Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi untuk mendapatkan modal perniagaan dan latihan-latihan berkaitan yang diperlukan.

“Kementerian akan mempermudahkan usaha mereka ini dan berharap ia mampu mengubah nasib mereka ketika ini” jelas Annuar.

Foto : Bernama / Miz Ayus Aqillah/ Awani

Recent Posts

  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

22 mins ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

29 mins ago
  • Trending

“Siap Boleh Setting Brightness” – Wireman Kreatif Guna ‘Fan Regulator’ Jadi Suis Lampu [Video]

Cahaya lampu pendarflour itu boleh diubah mengikut mood di dalam rumah seperti ingin bersantai, bersembang…

33 mins ago
  • Trending

“Macam Cerita K-Drama”- Bapa Catat Setiap Perkembangan Anak Dalam Diari Jadi Contoh Buat Orang Ramai

Menerusi diari tersebut bapa Naufal turut berkongsi detik manisnya menyambut hari jadi pertama anaknya itu…

2 hours ago
  • Trending

“Allahu Sedihnya” – Ramai Sebak Lihat Warga Emas Jual Buah Potong Tepi Jalan Guna Basikal [Video]

Wanita warga emas itu dipercayai menjual buah potong yang siap dibungkus pada harga RM2.

2 hours ago
  • Trending

“Dalam Akaun Ada RM20” – Ibu Cuba Penuhi Permintaan Anak Mahu Beri Hadiah Kepada Guru Jadi Perhatian

Walaupun kekurangan wang, wanita yang dikenali sebagai Siti itu tetap membawa anaknya pergi ke kedai…

2 hours ago