fbpx
Now Reading
Hasrat Wakaf MPV Tercapai, Kini Khidmat Van Jenazah Percuma Noorkhiriah Sudah Beroperasi

Hasrat Wakaf MPV Tercapai, Kini Khidmat Van Jenazah Percuma Noorkhiriah Sudah Beroperasi

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/CB4MSvrlBjV/

Nampaknya hasrat pelakon Noorkhiriah untuk beramal dan berbakti kepada masyarakat dengan menyediakan perkhidmatan van jenazah secara percuma telah pun tercapai.

Baca artikel berkaitan : Demi-saham-akhirat-Noorkhiriah-ubah-kereta-mpv-jadi-van-jenazah/

Bersyukur dan berterima kasih kepada Pencipta, Khiriah dalam masa sama turut menzahirkan terima kasih nya kepada orang ramai yang turut menyumbang, juga kepada suami dan jemaah Surau Al- Ikhlas di Palm Spring Condo yang membantunya merealisasikan impian tersebut.

“Assalamualaikum, Alhamdulillah. Sedia Berkhidmat,Perkhidmatan Van Jenazah Percuma @nurbykhiriah. Terima kasih juga pada yang sudi menyumbang. Doakan akak semoga usaha kecil ini dipermudahkan Allah.

“Terima kasih En suami dan jemaah @suraualikhlaspalmspring. Terima kasih Allah. Salam Jumaat Salam Penuh Keberkatan.” tulis Khiriah di laman instagram

Mula beroperasi Isnin, 29 Jun

Menerusi perkongsian sama, dia turut memaklumkan khidmat van jenazah tersebut akan mula beroperasi pada isnin, 29 Jun 2020 . Dia dalam masa sama turut memberikan no contact sekiranya ada yang memerlukan khidmatnya itu di masa hadapan

Salam Jumaat Salam Penuh Keberkatan. 012-2058005 save no ni andai memerlukan pertolongan kami..Doakan Kami Yer

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.