fbpx
Now Reading
Orang Yang Dinanti Tak Kunjung Tiba, Kisah Jejak Kasih Gelandangan Berakhir Hiba

Orang Yang Dinanti Tak Kunjung Tiba, Kisah Jejak Kasih Gelandangan Berakhir Hiba

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini kami ada melaporkan kisah seorang gelandangan, ‘Tok Penghulu’ yang berjaya ditemui keluarga yang sudah terpisah selama 24 tahun selepas muncul di kaca TV menerusi satu laporan berita yang disiarkan Buletin Utama.

‘Tok Penghulu’ atau nama sebenarnya Amran Tamby yang ditemubual wartawan TV3 ketika itu berjaya dikenal pasti oleh adik lelakinya yang kemudian bertindak memohon bantuan orang ramai di Facebook untuk mengesan abangnya.

Hasil inisiatif netizen dan wartawan, Amran akhirnya berjaya ‘disatukan’ menerusi perbualan telefon bersama adik kandungnya itu.

Hasil dari ‘penyatuan’ itu , pihak keluarga difahamkan berhasrat membawa Amran pulang ke pangkuan keluarga malah dia sendiri bersetuju untuk pulang selepas berakhirnya Perintah Kawalan Pergerak (PKP)

Baca artikel berkaitan : https://www.buzzkini.com/gayahidup/2020/04/15/cerita-gelandangan-ke-jejak-kasih-laporan-berita-temukan-keluarga-terpisah-24-tahun/

Abang tidak hadir mengambilnya

Namun kisah bahagia ini bagai terhenti dan bertukar moodnya apabila Amran yang tampil menerusi satu temu bual bersama Buletin Utama difahamkan belum kembali ke pangkuan keluarga selepas abang kandungya yang sepatutnya hadir mengambilnya tidak kunjung tiba.

“Saya dah tunggu tapi mereka tak sampai. Mana janji mereka dengan saya. Saya dah tunggu dua kali, saya dah siap prepare barang saya nak balik.

“Jadi saya malu lah dengan orang DBKL sebab saya cakap hari ini saya dah nak balik tapi tiba-tiba saya tak balik, saya malu,” jelasnya begitu hiba

Kurang mengetahui apa sebenarnya yang terjadi. Amran bagaimanapun gaagl menahan tangisannya selepas sekali lagi di tanya berhubung perkara tersebut.

Dengan suara sebak dan hiba dia hanya menjawab “Saya pun tak tahu nak cakap apa dah, mungkin keluarga saya dah buang saya”.

Malah menerusi laporan itu lagi, kata kata terakhir yang dikeluarkan Amran kepada keluarganya adalah : “Anggap sahaja saya sudah mati”

Apa pun masalahnya, kami di Buzzkini mendoakan semuanya akan baik-baik sahaja. Mungkin terdapat kekangan yang mengalang keluarga dari turun untuk sementara. Sama-sama kita doakan.

Lihat video temubual di bawah :

GELANDANGAN | Bina Jati Diri Sebelum Bebas Hidup Berdikari

GELANDANGAN | Bina Jati Diri Sebelum Bebas Hidup BerdikariKesungguhan kerajaan dalam menyantuni golongan Gelandangan tidak terhenti dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan sahaja. Mereka yang diselamatkan dan ditempatkan di pusat sementara, kini diberi latihan di Kem PLKN Princess Haliza di Sepang.

Posted by Buletin TV3 on Thursday, 25 June 2020

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.