fbpx
Now Reading
Demi Nilai Esklusif, Perlis Tegas Pertahan Nama Harumanis

Demi Nilai Esklusif, Perlis Tegas Pertahan Nama Harumanis

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebut sahaja harumanis, pasti semua orang sudah terbayangkan rasanya yang manis berlemak ditemani baunya yang wangi. Justeru tidak mustahil buah mangga premium yang sinonim dengan negeri Perlis ini dijual dengan harga yang agak tinggi.

Namun begitu nilai eksklusif buah Harumanis yang sebelum ini hanya boleh didapati di Perlis nampaknya sedikit berkurangan selepas kejayaan beberapa pengusaha mangga dari negeri lain seperti Kedah, Kelantan dan Terengganu yang dilaporkan berjaya menanam Harumanis dan mengeluarkan hasil

Malah sebelum ini terdapat beberapa isu membabitkan penipuan menggunakan nama harumanis sedangkan buah yang dijual sebenarnya adalah buah mangga dari baka berlainan

Justeru perkara ini menimbulkan rasa tidak senang pengusaha-pengusaha asal Harumanis di perlis.

Mewakili suara mereka, Persatuan Pengusaha Harumanis Perlis memohon kerjasama pengusaha dari negeri-negeri lain agar berhenti menggunakan nama Harumanis untuk mangga yang diusahakan mereka

Foto : MNazimMad

Jelas Pengerui PPHP, Datuk Hashim Suboh,  tanda dagang ‘Harumanis’ telah pun didaftarkan secara sah sebagai hak milik eksklusif kerajaan Perlis selepas ianya diluluskan oleh Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) pada 2011 dan akan keal menjadi milik mereka sehingga 2021

“Sehubungan itu, tiada mana-mana pihak yang diizin mengguna pakai jenama tersebut untuk produk mereka, biarpun mempelam itu berbuah di tempat lain.

“Larangan penggunaan jenama harumanis ini adalah bagi mengelak kekeliruan pengguna terhadap harumanis Perlis dengan produk mempelam yang sedang diusahakan di lokasi lain,” katanya ketika ditemui di Pusat Pemasaran Harumanis Farma Tani, di sini.

Foto : Crisp Of Life

Tambahnya pengusasha-pengusaha Harumanis turut berharap kerajaan dapat memastikan jenama berkenaan dikekalkan sekiranya negeri lain berhasrat ingin mengembangkan harumanis.

“Jikalau mahu kembangkan harumanis Perlis, maka buah mempelam terbabit juga mestilah dinamakan sebagai harumanis Perlis dan negeri lain tidak boleh menumpang untuk menggunakan jenama itu,”

Sebagai rekod terdapat hampir 3,000 pengusaha harumanis berstatus kebun di seluruh Perlis, dengan keluasan 150 hektar tanaman yang mampu meyumbang sehingga kira-kira RM70 juta ringgit melalui urusan jual belinya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.