fbpx
Now Reading
Gemar Minum Susu Buat Badan Jadi Gemuk? Ini Penjelasan Dari Pakar Yang Patut Anda Tahu

Gemar Minum Susu Buat Badan Jadi Gemuk? Ini Penjelasan Dari Pakar Yang Patut Anda Tahu

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Susu adalah sumber nutrisi penting dan paling lengkap untuk memenuhi keperluan seisi keluarga. Malah pengambilannya juga amat disarankan kerana susu menguatkan tulang .

Namun amalan minum susu di negara kita masih jauh ketinggalan berbanding keperluan sepatutnya yang diambil setiap individu disebabkan beberapa faktor antaranya intoleransi laktosa dan tanggapan kononnya minum susu boleh menggemukkan.

Mereka yang mengalami intoleransi laktosa memang tidak digalakkan meminum susu namun alasan kedua susu boleh menggemukkan ?? Hmmm

Justeru demi membetulkan kekeliuran ini, seorang pegawai perubatan dari kumpulan Medical Mythbusters Malaysia iaitu Dr. Erna Nadia, tampil menjelaskan perkara ini kepada orang ramai.

Mitos! Susu bukan punca badan jadi gemuk

Ramai pesakit wanita saya yang super takut nak minum susu sebab depa kata susu ni akan buat badan gemok.
Really?
Haruslah tidak.

Yang membuatkan badan menjadi besar, pinggang menjadi lebar, pipi berkembang, lengan peha gelebeh adalah apabila kita tak jaga makan. Bukan sebab susu ye cik puan tuan sekalian.

Susu adalah sumber protein yang baik.
Janganlah takut dengan makanan dan minuman.
Seriously bukan salah makanan. 
Bila berat naik, tuding dan cermin diri sendiri. Tang mana diet kita salah. Diet ni bukan bermaksud tak makan tapi diet adalah pemakanan seharian kita.

Diet seharian kita haruslah lengkap dan sihat. Lengkap makronutrisi dan mikronutrisi.Ikutlah konsep suku suku separuh, kurangkan makanan dan minuman manis serta kurangkan minyak.

Akan ada pertambahan gula sukrosa jika ada pertambahan rasa seperti strawberry, coklat dan lain lain.

Terdapat 3 Jenis Susu

Susu ni dia ada gula ringkas iaitu laktosa. Ada 3 jenis susu iaitu :
 
1. Susu penuh krim, 
2. Susu rendah lemak,
3. Susu skim.

1. Susu penuh krim ni kandungan lemak dia tinggi. Sesuai lah dengan nama dia. Lemak berkrim disukai ramai. Jadi, kalau ada penyakit kronik macam darah tinggi ka, sila elakkan kalau boleh.

2. Susu rendah lemak ni pulak, kandungan lemak dan kalori dia rendah, kurang dari 3%. Jadi, susu ini disarankan untuk depa yang ada masalah kolesterol tinggi atau untuk depa yang nak kurangkan kalori harian, macam saya.

3. Susu skim ini lagilah bagus sebab kandungan lemak tersangatlah sedikit iaitu kurang dari 0.5%. Sangatlah sesuai untuk orang yang ada darah tinggi, kencing manis yada yada yada.Susu seeloknya diambil setiap hari, 2-3 kali sehari disebabkan kaya dengan sumber kalsium yang diperlukan oleh tulang dan tubuh badan kita.

Ok, bila nak minum susu ni?

Seeloknya minumlah berasingan dari hidangan utama macam makan pagi, tengah hari dan malam. Sebab kalsium dalam susu akan menghalang penyerapan zat besi di dalam lauk pauk hidangan utama kita.

Jadi, untuk depa yang ada masalah hb low(darah merah rendah), kena makan makanan yang tinggi zat besi macam bayam, daging, ikan, maka asingkan minum susu masa makan makanan utama ok?😊

Kalsium dalam darah biasanya akan disimpan/nak memenuhkan lompong lompong pada tulang pada waktu malam. So kalau kurang pengambilan susu, lompong lompong ini tak diisi dengan elok dan dalam masa sama, kandungan kalsium dalam badan juga berkurangan.

Sebab tu nanti lama lama mudah kena osteoporosis aka tulang rapuh. Dari osteoporosis yang biasa boleh jadi teruk dan seterusnya jadi masalah lain pulak.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.