
“Kalau Ulama, Ahli Soleh Tegur Silap Kita Jangan Melenting” – PU Amin
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Pendakwah bebas yang juga Pencetus Ummah, Amin boleh dikategorikan antara penceramah yang bersuara lantang dalam menyampaikan dakwah. Bukan sahaja isu pakaian malah PU Amin cukup terkenal dalam usahanya berdakwah kepada golongan LGBT
Terbaru menerusi satu posting di Instagram, PU Amin mengingatkan orang ramai akan pentingnya hidup berguru dan sentiasa mendekatkan diri kepada mereka
Carilah guru dan ulama yang boleh bimbing kita
Menurutnya golongan ini yang boleh membimbing manusia dalan kehidupan mereka, namun sebaliknya pula yang terjadi dimana masyarakat masakini dilihat seolah menjauhkan diri.
“Dalam hidup ni carilah guru. Cari ulama yang boleh bimbing kita. Akhir zaman ni orang ramai jauh daripada guru dan ahli soleh. Mata kita terhijab dari mengenal ahli soleh dan ulama.
“Dekatkan diri dengan mereka, kita akan dapat banyak ilmu kerana kita akan dapat keberkatan daripada mereka. Biasakan cari guru, jangan guru datang jumpa kita,” katanya.
Pemergian ramai ulama petanda ilmu makin hilang dari dunia
“Dalam hati kena sayang Ulama, sebab Ulama itu pewaris Nabi. Akhir zaman ni para ulama akan ramai dimatikan Allah, maka itu tanda ilmu hilang dari dunia ini. Segeralah cari ulama. Kalau ulama, ahli soleh tegur silap kita jangan melenting, dengarlah, muhasabah,” katanya.
Menerusi posting sama PU Amin turut berkongsi sekeping fotonya sewaktu bertemu dengan pendakwah terkenal, Allahyarham Datuk Ismail Kamus di kala hayatnya. Allahyarham sempat menitipkan pesan kepadanya untuk menjaga anaknyabaik-baik kerana dunia akhir zaman ini banyak bahayanya.
“Kenangan bersama Al Marhum Tuan Guru Datuk Ustaz Ismail Kamus. Ustaz senyum dan terus bagi nasihat. Ustaz kata jaga anak baik baik. Akhir zaman banyak bahaya. Ustaz kata lagi, hiburan yang ada hari ni sangat menakutkan, jaga jaga kata ustaz,” tulisnya.