fbpx
Now Reading
“Saya Anak Hasil Dari Tragedi Rogol” – Pengakuan Anak Muda Ini Kejutkan Netizen

“Saya Anak Hasil Dari Tragedi Rogol” – Pengakuan Anak Muda Ini Kejutkan Netizen

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/CB7p4NxhHH1/https://twitter.com/fhmiasyraff/status/1276924977531375616

Iku kes rogol dan jenayah gangguan seksual kerap diperkatakan sejak beberapa hari ini. Lebih menghangatkan keadaan selepas netizen mendakwa penyanyi Jamal telah mengeluarkan pendapat yang pada mereka meletakkan taraf wanita jauh kebawah seolah-olah hanyalah hamba seks kepada lelaki

Isu ini kemudian turut dibicangkan di IG Live olehFynn Jamal sendiri bersama rapper dan usahawan, Caprice yang kerap mengulas dan memberikan pendapatnya mengenai isu semasa.

Namun disebalik perkongsian itu, seorang pemuda telah mencuri tumpuan apabila dia dilihat meninggal satu komen yang nyata mengejutkan orang ramai.

Perkara tersebut yang tular di media sosial akhirnya menyebabkan pemuda ini tampil menyuarakan pendapatnya sebagai seoarang yang berada di dalam ‘circle’ tersebut dimana dia merupakan anak hasil tragedi hitam tersebut.

Menurut Fahmi Abdullah, tragedi hitam membabitkan ibunya itu berlaku sewaktu rumah mereka dipecah masuk. Penjenayah itu kemudiannya bertindak merogol ibunya yang berada di dalam rumah sewaktu kejadian.

Janggan anggap semua perempuan sengaja

“Ibu saya dirogol waktu rumah dipecah masuk, saya anak hasil tragedi itu. Jangan anggap semua perempuan sengaja, mereka adalah mangsa, saya mewakili emak saya, (menegaskan) perogol yang bersalah,” tulisnya di ruangan komen sewaktu live tersebut berjalan.

Memetik Gempak,  Fahmi Abdullah menjelaskan ibunya begitu terkesan dengan kejadian itu dimana dia dan keluarga terpaksa berhadapan dengan situasi melahirkan anak luar nikah  sehingga mengalami masalah kesihatan mental susulan kejadian tersebut.

Bukan mudah nak lupakan kejadian

“Bukan senang mak saya hadap benda ni, bukan mudah mak saya nak lupakan kejadian itu dan bukan senang saya hidup dengan keadaan begini. 
 
“Saya dan mak mengalami masalah kesihatan mental, tapi mak saya adalah orang yang paling sengsara. Bukan mudah untuk lahirkan anak luar nikah sedangkan mak saya sudah berkahwin waktu itu.

Semua kesalahan perogol

Lantaran dia tetap dengan pendapatnya tidak bersetuju dengan kenyataan Fynn bahawa perbuatan rogol merupakan satu kesalahan dimana mereka seharusnya bertanggungjawab di atas kelakuan jijik mereka dan tidak menuding jari kepada mangsa

“Macam kita tahu sekarang ramai mangsa-mangsa rogol yang berniqab, berjubah labuh, yang menjaga aurat. Dia dah menjaga auratnya tapi masih dirogol? Kenapa?

“Disebabkan lelaki yang bernafsu. Wanita jaga aurat macam mana pun, kalau lelaki itu tak kawal nafsunya, haiwan juga dia boleh rogol.

“Saya mewakili ibu saya, ingin berikan kesedaran tentang rogol adalah salah perogol, bukan salah mangsa yang seksi atau berjubah labuh. Itu fakta,” katanya.

Perkongsian itu nyata mengejutkan netizen namun majorit mereka mememberikan respons yang positi malah memuji semangat dan kekentalan jiwa ibunya serta dirinya.

Ramai yang turut menyanjung tidakannya berani tampil menegakkan mangsa-mangsa rogol. Tidak kurang juga yang menitipkan doa dan kata semangat buat Fahmi dan ibunya selepas mendengar kisah menyayat hati itu.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.