
Sempat Kongsi Status Berhenti Sebab Terlelap Atas Motor Di IG, Pemuda Ini Maut Kemalangan
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Memandu atau menunggang dalam keadaan mengantuk sememangnya membahayakan. Ianya bukan sahaja boleh menyebabkan kemalangan malah boleh menyebabkan kematian.
Namun lebih membahayakan apabila seseorang itu mengalami micro sleep dan sudahpun tertidur sedangkan dia sendiri tidak menyedarinya . Ini berlaku apabila individu tersebut mengalami keadaan di mana otaknya tidur tetapi sensori seperti mata, tangan dan kaki masih aktif.
Itu yang terjadi kepada seorang pemuda ini yang dipercayai mengalami microsleep sewaktu sedang menunggang motorsikal di lebuhraya yang telah dikongsikan oleh seorang rakannya di Twitter.
Menurut FazliRashid97, sahabatnya itu yang dikenali sebagai Amin Faiz Nohani maut selepas terlibat dengan kemalangan di Linggi, Negeri Sembilan pada petang semalam .
amin 🥺🥺🥺sedekahkan alfatihah utk kawan sye geng🥺😭😭 arwah baru shj meninggal 3 petang tadi pic.twitter.com/XPH0KdpKEb
— PROFESSIONAL TUTOR (@FazliRashid97) June 28, 2020
Dalam perjalanan pulang ke kampus UPM

Arwah difahamkan sedang dalam perjalanan dari Kluang, Johor pulang ke kampusnya di UPM sebelum terbabas sendirian.
Muat naik status di IG Story

Lebih menyedihkan arwah sempat memuat naik foto sedang berehat di bawah jambatan dengan kapsyen : ‘ Tolong saya taknak tertidur (microsleep) Dah dua kali berhenti kerana tertidur di atas motor”
Sempat bertemu rakan sehari sebelumnya

Difahamkan arwah sehari sebelum kejadian sempat bertemu dan meluangkan masa bersama beberapa orang rakannya. Buat rakannya Aizam Ai, perkara itu benar-benar menyedihkan dan sama sekali tidak menyangka pertemua mereka pada sabtu lalu adalah momen terakhir mereka bersama
Alfatihah untuk arwah.