fbpx
Now Reading
“Bukan Kerja Kita Jaga Iman Lelaki” – Wardina Safiyyah Tegur Fynn Jamal

“Bukan Kerja Kita Jaga Iman Lelaki” – Wardina Safiyyah Tegur Fynn Jamal

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/CB_5yqZj3Sx/

Hangat media sosial mengenai pendapat yang diutarakan penyanyi Fynn Jamal mengenai kes rogol yang didakwa mengelirukan oleh netizen.

Malah difahamkan dalam satu hujah Fynn turut menyifatkan penampilan sesetengah wanita di media sosial seolah sengaja membuka nafsu kaum lelaki.

Terbaru Fynn dilihat tampil berdiskusi bersama bekas pelakon, Wardina Safiyyah menerusi IG Live.

Menerusi perkongsian tersebut yang tular di Twiter, Wardina bagaimanapun dilihat tidak bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan Fynn mengenai jenayah rogol  yang padanya kurang tepat dan tidak sesuai dengan situasinya.

Isu rogol sangat ‘komplex’

“Semua orang menutup aurat tapi hakikatnya rogol telah berlaku lama dahulu dan sukar dibendung. Ia umpama satu penyakit. Walau niat Fynn untuk menyedarkan orang ramai tapi cara awak seperti menyalahkan wanita semata-mata. Tutup salah, tak tutup salah.

“Hakikatnya dalam dunia ini tak semua wanita menutup aurat misalnya wanita bukan Islam. Jadi, isu ini kompleks dan ada banyak lapisan. Ia tidak boleh dibincangkan dengan cara sebegini ” hujah Wardina dalam satu dari klip yang tular tersebut.

Bukan tugas kita jaga iman lelaki

Wardina turut menyarankan agar Fynn memohon maaf kepada orang ramai memandangkan isu ini padanya adalah satu isu yang begitu kompleks.

“Nasihat saya minta maaf dan akui bahawa isu ini kompleks. Katakan bahawa awak bersimpati atas mangsa rogol. Lelaki patut dipersalahkan, tapi ada banyak faktor yang mendorong lelaki melakukan jenyah itu antaranya faktor psikologikal.

“Bukan tugas kita untuk menjaga iman lelaki, mereka perlu jaga iman mereka sendiri andai diletakkan perempuan bogel hadapan mereka sekali pun”

Dalam masa sama, Wardina juga dilihat tidak sependapat dengan Fynn Jamal berhubung isu ikhtilat.

Tambah Wardina, wanita itu sendiri bukanlah satu finah tapi sebaliknya seluruh dunia adalah fitnah.

Bila awak cakap selfie, akan ada banyak cara untuk orang menyalahtafsirkannya. Jadi jangan cakap. Tak ada salahnya kalau nak upload gambar sendiri. Wanita bukan satu fitnah tapi seluruh dunia ini fitnah. Tapi kita perlu hidup dalam masyarakat yang mana wanita pun boleh keluar rumah dan pergi belajar

Untuk video penuh tonton video tersebut di bawah bermula dari minit 0:45:46

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.