fbpx
Now Reading
Gagal Tahan Sebak, Zizan Razak Menitis Airmata Dengar Doa Peminat Cilik Hidap Sakit Paru-Paru

Gagal Tahan Sebak, Zizan Razak Menitis Airmata Dengar Doa Peminat Cilik Hidap Sakit Paru-Paru

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/CCAv2mNJNE9/

Siapa tidak kenal dengan pelawak Zizan Razak, seorang yang berkarakter gila-gila dan sering membuatkan orang ramai tidak kering gusi dengan lawak yang di buatnya

Meskipun sibuk dengan jadual hariannya Zizan baru-baru ini telah turun ke sebuah hospital di Port Dickson, Negeri Sembilan, bagi menjenguk seorang peminat cilik, Puteri Nur Zulaika Abdullah yang menghidap jangkitan kuman pada paru-paru.

Justeru adik ini terpaksa menggunakan bantuan pernafasan untuk membantunya bernafas dengan sempurna

Meskipun kehadirannya demi menceriakan kanak-kanak tersebut, Zizan bagaimanapun gagal menahan sebaknya sewaktu mendengar doa yang dititipkan adik Puteri.

Menerusi video yang dikongsikan H-Live, Puteri berdoa agar dirinya dipanjangkan umur , diberi nikmat kesihatan dan rezeki serta kekuatan untuk menjalani kehidupan sebagai manusia biasa.

Lebih menyedihkan apabila ayah kepada adik Puteri memberitahu bahawa perjumpaan ini adalah permintaan dari adik Puteri sementara dia masih lagi ada di dunia ini.

Jangkitan kuman disebabkan kencing tikus

Memetik BH, Zizan memaklumkan penyakit anak ini sebenarny berpunca dari kencing tikus. Melihatkan keadaannya membuatkan hati Zizan tersentak lalu gagal menahan air mata.

“Saya difahamkan, Puteri Nur Zulaika terkena jangkitan kuman pada paru-paru ketika berusia lima bulan disebabkan kencing tikus.

“Sebaik melihat keadaannya, saya tidak dapat mengawal rasa sedih lalu menangis. Kalau lihat dia secara fizikal tampak sihat, tapi doktor beritahu, kesihatannya merosot sejak kebelakangan ini.

“Apabila diberitahu saya hendak datang, bukan main seronok dia sampai tak mahu tidur. Sepanjang sejam meluangkan masa, dia mendoakan agar saya murah rezeki, dipelihara kesihatan dan cepat dapat jodoh,” katanya kepada BH Online.

Dalam pada itu Zizan atau nama penuhnya Mohammad Razizan Abdul Razak sempat membuat panggilan video kepada Johan, rakan gandingannya dalam kumpulan Jozan memandangkan adik Puteri

turut meminati gandingannya didalam kumpulan Jozan.

Mohon doakan dia kembali pulih

“Dalam keadaan sekarang, hanya doa yang mampu memberi keajaiban kepadanya untuk kembali sembuh. Doktor beritahu dia perlu dibedah.

“Insya-Allah, saya akan cuba sedaya upaya membantunya. Cuma apa yang penting buat masa ini adalah doa daripada anda semua,” katanya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.