fbpx
Now Reading
Ini Sebab Kenapa India Sekat Aplikasi China Seperti TikTok & Wechat, Namun Tidak PUBG

Ini Sebab Kenapa India Sekat Aplikasi China Seperti TikTok & Wechat, Namun Tidak PUBG

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Menetapi ramalan ramai, kerajaan India di bawah kepimpinan Perdana Menteri Naredra Modi semalam menyetujui saranan Majlis Keselamatan Negara mereka untuk menyekat sejumlah  59 aplikasi peranti buatan China.

Antara yang tersenarai adalah aplikasi popular seperti WeChat & Tiktok yang dikhuatiri mampu mengganggu gugat dasar keselamatan negara dan privasi negara India selepas kedua negara terlibat dalam satu pertempuran tanpa senjata yang meragut puluhan askar mereka di perbatasan.

Foto : BGR

“Kerajaan India memutuskan untuk tidak membenarkan penggunaan aplikasi tertentu, yang bertujuan khusus memastikan keselamatan dan kedaulatan ruang siber India.

“Tindakan ini diambil selepas pihak kementerian menerima beberapa aduan mendakwa pencurian data dan pencabulan privasi pengguna,” dalam satu kenyataan oleh Kementerian Elektronik dan IT (MeitY)

“Kenapa PUBG Terlepas?”

Foto : PUBG Corp

Namun di antara kesemua 50 aplikasi tersebut aplikasi permaianan PUBG tiada di dalam senarai sedangkan permainan tersebut dibangunkan oleh pembangun dari China, Tencent.

Ini menyebabkan rata-rata peminat PUBG di India menarik nafas lega memandangkan aplikasi permainan kegemaran mereka bukan satu ‘ancaman’ – setakat ini .

Bukan produk China sebaliknya dihasilkan syarikat Korea Selatan

Antara jawapan yang mungkin logik dan masuk akal adalah kerana PUBG sebenarnya bukanlah produk yang dihasilkan di China

FOTO : MMO Culture/INVEN

Sebaliknya permainan battle royale multi-pemain itu dibangunkan sebuah syarikat pembangunan game dari Seoul,Korea Selatan iaitu BlueHole, yang kini lebih dikenali dengan nama PUBG Corp.

Namun Tencent kemudiannya bertindak membeli lesen untuk membawa permainan tersebut masuk ke dunia permainan mobile sehingga tercetusnya PUBG Mobile.

Memetik Economic Times, pemilikan 50-50% di antara dua syarikat tersebut dengan majoriti ‘sentuhan’ dari negara Korea Selatan mungkin menjadi faktor penyelamat keadaan tersebut.

Namun semua itu mungkin tidak lama, kerana kerajaan Modi dijangka akan melakukan pengharaman batch ke-2 seperti yang diwar-warkan komuniti IT di sana.

Image Header : Kredit : Tiktok@ Alexkosts_31

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.