fbpx
Now Reading
Kreatif! Pemuda Ini Zahir Rasa Terima Kasih Dengan Hasilkan Mural Wajah-Wajah Wira Negara [Video]

Kreatif! Pemuda Ini Zahir Rasa Terima Kasih Dengan Hasilkan Mural Wajah-Wajah Wira Negara [Video]

Boleh dikatakan kejayaan yang hampir dikecapi negara kita dalam menumpaskan wabak Covid-19 adalah hasil usaha keras pasukan barisan hadapan negara yang yang diketuai pemimpin utama negara.

Antara mereka pastilah KDYMM Seri Paduka Baginda YDP Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ketua Pengarah Kesihatan  Datuk Dr Noor Hisham Abdullah , Menteri Kanan (Keselamatan) Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob serta beberapa lagi pemimpin terkemuka.

Sebagai menzahirkan rasa terima kasih terhadap usaha keras mereka seorang pelukis mural yang berasal dari Terengganu, Suhaimi Ali telah mengabadikan portret mereka menerusi lukisan mural .

Suhaimi kemudian telah memuat naik foto-foto tersebut ke laman Facebooknya sehingga menjadi tular dikalangan netizen

“Pemimpin menjadi hebat bukan kerana kuasanya tetapi kerana keupayaan mereka memperkasakan orang lain. “Terima kasih Agong dan barisan hero kita,” tulis Suhaimi menerusi posting tersebut

Menerusi posting sama, anak Terengganu ini turut berkongsi beberapa foto sewaktu proses ‘the making’ yang bukan sahaja cantik malahan kemas dan begitu teliti.

Posting ini kemudiannya turut dikongsikan beberapa popular seperti laman Facebook House of Pahang, yang kerap berkongsi aktiviti keluarga Diraja Pahang, jurugambar terkenal, Dallah Deen malahan Dr Noor Hisham sendiri .

https://www.facebook.com/houseofpahang1/posts/884167042068114?__xts__%5B0%5D=68.ARCbuga5eEx_yvVoOSdS9dEpmSIVv59Z2iVexVPsxzlAiTphGfy35xUIJ8t326hhv-t8DF8wcdO4Rze9dnFwTW35bnchblFNxmgYveIYvuSSuD1EAFs-HZMnz2y1_bKWlC-Mt8v4eSYg6JgAZieI9XtVSmgzU0-xQ0wkVWy5qxFQx4aOx8y7y7u6BiHiA-knLAAYIWGe9ozxUWaf8r4n2wQK6OC7pGfqPYBwwsssFI4HkjPRWVW0kEdTj8jMVi1kCiGC0Ye3LirzI7ekdcrP7eoqudk2_MRtYBcaWCWQtPAEln7irv1zLnPloGSvysuKKpaPy-j43nW5kqJ7_ithD1U&__tn__=-R

Difahamkn lukisan mural tersebut dihasilkan di Taman Cahaya Alam Seksyen U12, Shah Alam dengan lokasi tepatnya di belakang Restoran Isa Maju.

Kami juga bersetuju dengan kenyataan Dallah Deen dimana dia menjangkakan lokasi tersebut pasti akan menjadi tumpuan orang ramai yang ingin bergambar bersama mural-mural yang dihasilkan Suhaimi yang bakal menjadi satu sejarah buat negara

See Also

Tonton foto dan video sewaktu pembikinan mural yang dikongsikan Suhaimi di laman instagramnya :

© 2020 BuzzKini. All Rights Reserved.