Pertama & Satu-satunya Di Dunia, Universiti Jepun Anugerahkan Masters Dalam Pengajian Ninja
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Setiap pusat pengajian tinggi hadir dengan pelbagai jenis pengajian mereka yang tersendiri. Ada jurusan yang ditawarkan mereka mungkin unik dan berbeza sehingga tidak ditawarkan di tempat lain.
Bergantung kepada minat, bakat atau perancangan di masa hadapan antara pengajian yang popular dan sering menjadi pilihan di masa kini adalah jurusan perubatan, kejuruteraan, seni bina, perakaunan, multimedia dan banyak lagi.
Namun disebalik pemilihan dan penawaran kursus-kursus tersebut, terdapat beberapa IPT yang hadir dengan bidang pengajian yang unik dan berbeza dari instituti yang lain antaranya bidang pengajian Ninja seperti yang ditawarkan oleh sebuah universiti dari Jepun.
Graduan pertama dan satu-satunya (setakat ini)
Universiti Mie yang terletak di Tsu, Mie, satu wilayah yang bergelar kediaman Ninja ini baru-baru ini mencipta sejarah apabila buat julung-julung kalinya berjaya melahirkan seorang graduan Ijazah Sarjana Dalam Pengajian Ninja ( Ninja Studies)
Menjiwai kehidupan seorang ninja selama 2 tahun
Berusia 45tahun, Genichi Mitsuhashi, berjaya menamatkan kursus sarjananya selepas lebih dua tahun ‘bertapa’ di Iga; sebuah perkampungan yang menjadi tempat kelahiran para Ninja zaman dahulu kala.
Di situ dia mendalami kemahiran dan tradisi seni bela diri yang popular di zaman feudal Jepun bukan hanya menerusi catatan sejarah malah aspek praktikal untuk bergelar seorang ninja.
Petani pada pagi hari, masuk gelanggang di sebelah petang
“Saya ada membaca bahawa ninja bekerja sebagai petani pada waktu pagi dan berlatih seni mempertahankan diri pada sebelah petang.
“Oleh itu, saya turut menanam sayur-sayuran dan mengusahakan teknik seni mempertahankan diri selain banyak mempelajari mengenai ninja di dalam kelas,” katanya.
Turut belajar 2 Senibela diri Kungfu dan Shorinji Kempo
Menghadiri kelas 3 hari seminggu disamping menyiapkan thesis berkaitan cara Ninja menguruskan hutan gunung di abad ke 17 hingga 19, Mitsuhasi turut mempelajari kung fu serta seni beladiri ‘Shorinji Kempo’ yang juga dari Jepun.
Kini menyambung PHD dan mengajar kemahiran Ninja
Dia yang sudah menamatkan penjajian ijazahnya pada Mac lalu kini sedang mengikuti kursus falsafah (PHD) didalam bidang yang sama. Beliau juga dalam masa sama kini mula mengajar kemahiran ninja kepada orang lain selain turut menjalankan perniagaan tempatan dalam usahanya bergaul dengan masyarakat di sana.
Pensyarahnya Yuji Yamada, menyifatkan Mitsuhahi sebagai contoh sebenar kepada mereka yang sedang mengikuti kursus pengajian Ninja menerusi cara dia menjiwai dan bergaul dengan penduduk setempat.
Difahamkan selain Mitshuhahi dan dua lagi rakannya yang sedang menyiapkan thesis mereka, terdapat beberapa lagi pelajar jurusan Ninja yang sedang menyambung pengajian mereka di situ.
Foto Header: CNN Indonesia/ Slavazyryanovs