fbpx

Laman IG TMJ Jadi Perhatian Netizen Selepas Dapat Ucapan Hari Lahir Dari Ronaldo, Beckham, Neymar Dan Figo

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum pasti mengetahui semalam, 30 Jun 2020 merupakan hari keputeraan ke -36 Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Laman Instagram Tunku Ismail yang juga merupakan pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) telah dihujani ribuan ucapan dari rakyat Malaysia, selebriti tempatan seperti Jep Sepahtu, Norman Hakim, Raf Yaakob, Taleeb Mizad  juga dari pengikut laman Instagram baginda.

Yang menariknya beberapa bintang bola sepak ternama selain dari pasukan JDT turut dilihat mendedikasikan ucapan bersempena dengan ulang tahun hari keputeraan Tunku Ismail itu.

Antara yang paling mencuri perhatian adalah ucapan dari Cristiano Ronaldo yang bintang bola sepak terkemuka yang juga pemenang anugerah Ballon d’Or lima kali menerusi satu komen di ruangan Instagram milik Tunku Ismail 

“Happy birthday my friend (Selamat hari lahir sahabat),” tulis Ronaldo ringkas di ruangan komen baginda.

TMJ turut dilihat membalas komen Ronaldo itu dengan berkata: “Terima kasih Cristiano. Jumpa kamu lagi, semoga kamu dan keluarga sentiasa dalam keadaan baik sahabat.

Selain Ronaldo, TMJ turut menerima ucapan hari lahir dari seorang lagi pemain portugal iaitu Luis Felipe Figo

Lebih mengejutkan orang ramai apabila lagenda bola sepak England, David Beckham dan penyerang sensasi PSG dan Brazil, Neymar turut mendedikasikan video khas buat Tunku Ismail.

Rata-rata netizen dilihat terkejut dan gembira dengan ucapan tersebut apatah lagi ianya dilakukan oleh pemain-pemain bola sepak yang boleh dikatakan ternama dan antara yang paling popular di dunia.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.