fbpx
Now Reading
Nasa Anjur Pertandingan Reka Tandas Dengan Hadiah Terkumpul Sebanyak RM 149,800

Nasa Anjur Pertandingan Reka Tandas Dengan Hadiah Terkumpul Sebanyak RM 149,800

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang bekas anggota krew Angkatan Angkasa Antarabangsa pernah mendedahkan, soalan yang paling banyak diterimanya oleh orang ramai adalah ” Bagaimana anda ke tandas semasa di angkasa lepas”

Jawapan yang diberikannya cukup ringkas iaitu ‘berhati-hati’. Ini kerana angkasawan sendiri menghadapi masalah untuk ke tandas malah mereka yang ingin ke angkasa perlu menjalani latihan hanya untuk ke tandas.

Bersama menyelesaikan masalah tandas

Justeru NASA kini menganjurkan satu pertandingan untuk mencari sesiapa sahaja yang mempunyai kepakaran untuk mencipta tandas yang boleh digunakan pasukan mereka di bulan.

Menurut CNN, tandas yang berjaya dihasilkan ini akan digunakan bagi misi Artemis Moon yang akan dilancarkan pada tahun 2024 nanti.

Dengan nama Lunar Loo Challenge, NASA yang bekerja sama dengan HeroX menjemut mereka yang berminat untuk meyertai pertandingan tersebut dengan hadiah terkumpul sebanyak R US$ 35,000 atau bersamaan 149,8000

Pemenang utama dengan reka bentuk terbaik akan menerima $ 20,000 atau sekitar RM 85,000.

Foto: Pixabay

Apa kriteria dan syaratnya?

Antara kriteri dan syarat yang patut anda ketahui sebelum menyertainya adalah tandas mesra mana-mana gender, dan mampu menahan 500 gram najis dan 1 liter air kencing dalam satu masa.

Selain itu juga, tandas itu juga haruslah mampu menyimpan sekitar 114 gram darah haid bagi setiap anak kapal setiap hari.

NASA juga akan memberikan bonus point buat mereka yang berjaya menghasilkan tandas yang boleh menyedut muntah angkasawan tanpa mereka perlu memasukkan kepala dalam tandas itu.

Yang paling penting, kru angkasawan tidak terdedah kepada air kencing atau apa-apa bahan buangan yang lain.

Tarikh bermula : 25 Jun, 2020

Tarikh tutup : 17 Ogos , 2020

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.