fbpx
Now Reading
Sekolah Akan Mula Dibuka Secara Berperingkat Bermula 15 Julai

Sekolah Akan Mula Dibuka Secara Berperingkat Bermula 15 Julai

Menteri Kanan (Pendidikan) Dr Mohd Radzi Md Jidin hari ini mengumumkan sesi persekolahan akan bermula secara berperingkat bermula dari murid sekolah rendah (tahun 5 dan 6) murid peralihan, dan sekolah menengah termasuk tingkatan 6 pada 15 Julai ini.

Ia kemudian akan diikuti baki murid sekolah rendah dari Tahun 1 hingga 4 pula bermula pada 22 Julai ini.

15 Julai : Tahun 5dan 6, Peralihan, Sekolah Menengah (Ting.1 -6 )

22 Julai : Sekolah Rendah ( Tahun 1 – 4)

Menurut Dr Radzi Md, tarikh pembukaan ini membabitkan semua sekolah yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) termasuk sekolah swasta.

“Tarikh pembukaan semula sekolah ini terpakai kepada semua sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, sekolah swasta dan mana-mana institusi pendidikan yang berdaftar dengan KPM.

“Bagi sekolah yang tidak berdaftar dengan KPM pula, mereka juga disaran untuk turut mengikut tarikh pembukaan penuh sekolah yang ditetapkan,” katanya dalam sidang media khas, hari ini.

Menurut beliau lagi, memandangkan ruang dan sekolah berbeza, pengoperasian juga perlu dilaksanakan dengan menggunakan pendekatan berbeza mengikut kapasiti dan keupayaan sekolah.

Terdapat 3 model pengoperasian bergantung pada kapasiti

“Selepas mengambil kira aspek penjarakan sosial, ada sekolah yang dapat menampung kehadiran murid seperti biasa dan ada juga yang sebaliknya. Berdasarkan analisis dan perincian yang dilaksanakan, KPM mengenal pasti tiga model pengoperasian pembukaan penuh sekolah yang perlu dijadikan panduan oleh pentadbir sekolah mengikut kesesuaian.

“Model pertama adalah Model Satu Sesi. Model ini ialah untuk sekolah yang mempunyai bilik darjah atau ruang yang mencukupi bagi menempatkan semua murid dalam satu sesi, selepas mengambil kira penjarakan sosial.

See Also

“Model kedua adalah Model Dua Sesi. Model ini ialah untuk sekolah sedia ada yang beroperasi secara dua sesi ataupun sekolah satu sesi yang kini perlu beroperasi secara dua sesi kerana tidak mempunyai ruang yang mencukupi bagi menempatkan semua murid dengan mengambil kira penjarakan sosial,” katanya.

Model ketiga pula adalah model penggiliran , model yang akan digunakan untuk sekolah yang tidak mempunyai ruang mencukupi bagi menempatkan semua murid meskipun dengan pelaksanaan 2 sesi.

“Kebanyakan sekolah di dalam kategori ini adalah sekolah yang terletak dalam kawasan berkepadatan penduduk yang tinggi.

“Bagi Model Penggiliran untuk sekolah menengah, murid Tingkatan 5 dan 6 perlu hadir ke sekolah setiap hari manakala kehadiran murid Tingkatan 1 hingga 4 perlu dibuat secara bergilir-gilir mengikut kelas atau aliran tertentu.

“Pihak sekolah hendaklah menentukan bentuk penggiliran yang sesuai berdasarkan keperluan murid. Contohnya, jika sekolah mempunyai ruang yang mencukupi, murid Tingkatan 4 akan turut hadir setiap hari. Keutamaan diberi seba

© 2020 BuzzKini. All Rights Reserved.