fbpx
Now Reading
“Aku Yakin Kau Mampu Abang” – Anak Lelaki Founder Dnars Didakwa Ugut Bapa Tiri, Adik Perempuan Beri Sokongan

“Aku Yakin Kau Mampu Abang” – Anak Lelaki Founder Dnars Didakwa Ugut Bapa Tiri, Adik Perempuan Beri Sokongan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/CCD2ehxg-1m/

Semalam masyarakat Malaysia di kejutkan dengan laporan berita dimana anak lelaki kepada pengasas Dnars Skincare, Arwah Faziani Rohban Ahmad iaitu Mohd Aqbar Hakim Jasman telah dihadapan ke mahkamah atas pertuduhan melakukan ugutan jenayah terhadap bapa tirinya, Ahmad Shah Rizal Ibrahim.

“Papa ingat deh kalau adik ore mati…”

Difahamkan ugutan tersebut dihantar oleh Aqbar terus ke bapa tirinya menerusi aplikasi perbualan whatsapp dengan ayat bertulis : “Papa ingat deh kalau adik ore mati ore gi pancung blako”.

Tidak pasti apa yang terjadi diantara mereka namun ramai netizen beranggapan perbualan whatsapp berkenaan pasti dihantar bersebab dan ada puncanya.

Malah timbul khabar angin sehingga netizen mendakwa ianya ada kaitan dengan seorang lagi usahawan wanita yang juga penjual barangan kosmetik yang namanya sedang meningkat naik.

Mengaku tidak bersalah

Memetik BH, Aqbar bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan atas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret S Mageswari.

Terbaru status adiknya Irdiena Hakim atau lebih mesra dengan panggilan Dnar dilihat bersedih dan sayu dengan perkara tersebut.

Abang yang bertanggungjawab dan anak yang taat

ABANG IALAH SEGALANYA, DIA SEORANG ABANG SEORANG AYAH DAN SEORANG IBU DI HIDUPKU

Abang dari kecil hingga dewasa dia diberi pelbagai jenis ujian hidup dan dia jugalah saksi setiap kesusahan hidup bonda. Abang ialah seorang abang yang bertanggungjawab terhadap adiknya, dia juga seorang anak yg sangat TAAT.

Menurutnya abangnya seorang yang bertanggujawab malah telah menggalas peranan sebagai seorang ‘ibu, ayah dan abang’ selepas pemergian ibu mereka yang maut akibat kemalangan pada Mei tahun lalu.

Tidak cukup dengan itu, dia juga sanggup menghadapi pelbagai dugaan demi kebahagian adiknya

Pikul 90% tanggungjawab selepas ibu pergi

Dia seorang yang sentiasa berfikiran rasional dan nasihatnya sentiasa membuat aku menjadi insan yang lebih baik. Selepas bonda tiada almost 90% tanggungjawab yang harus dia jalankan serta pelbagai jenis ujian hidup yang harus dia lalui demi kebahagiaan adik-adiknya.

Terima kasih atas segala kesakitan demi kebahagian, keadilan dan legasi

Dan sekarang dia juga ditimpa masalah yang sangat besar tapi aku kagum, kerana disaat aku menelefon suaranya sentiasa gembira dan sangat tenang malah masih dengan lagaknya yang melawak (walaupun air matanya mungkin sentiasa mencurah keluar dibelakang aku adiknya). Abang aku percaya engkau akan menjadi seorang yang lebih berjaya dari sekarang suatu hari nanti.

Terima kasih atas segala kesakitan yang kau tahan demi memberikan kebahagiaan kepada keluarga dan demi menegakkan KEADILAN serta demi MEMPERTAHANKAN LEGASI YG TELAH DITINGGALKAN. Aku yakin kau mampu abang kerana Tuhan takkan uji seseorang itu lebih daripada kemampuannya!

Kebenaran pasti datang keadilan pasti menjelma

Terima kasih kepada semua yang sentiasa support kami. Kebenaran pasti datang, keadilan pasti menjelma. Semoga Tuhan permudahkan segalanya Ameen.


© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.