fbpx
Now Reading
Didakwa ‘Digunakan’ Pemilik Yang Sudah Mati, Kerusi Roda Bergerak Sendiri Berjaya Di Rakam CCTV [Video]

Didakwa ‘Digunakan’ Pemilik Yang Sudah Mati, Kerusi Roda Bergerak Sendiri Berjaya Di Rakam CCTV [Video]

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebuah klip video yang diambil dari CCTV di sebuah hospital di Thailand bertarikh 23 Mei lalu menjadi tular selepas berjaya merakam sebuah kerusi roda yang bergerak sendiri tanpa dikendalikan oleh sesiapa.

Lebih menyeramkan apabila kisah kerusi roda tersebut dibangkitkan orang ramai yang mendakwa ianya telah disumbangkan kepada hospital berkenaan selepas kematian pemilik asalnya.

Kedudukan biasa kerusi roda berkenaan, gambar diambil pada waktu pagi.

Menerusi video berdurasi 44 saat itu, kerusi berkenaan dilihat mundar-mandir dan bergerak ke beberapa arah yang berbeza seolah-seolah sedang digunakan oleh seseorang di hadapan pintu utama Hospital Ban Kham Doung yang terletak di Udon Thani, Thailand

Pengarah hospital berkenaan, Thanasak Pakdeenuan mengesahkan kerusi roda itu adalah jenis manual dan justeru tidak boleh dikawal oleh sesiapa.

Insiden di sekitar jam 3 pagi itu hanya disedari selepas para pekerja di hospital berkenaan bingung selepas menemui kerusi berkenaan di tempat yang berbeza pada keesokan harinya.

Mereka kemudiannya menyemak rakaman di CCTV sebelum mengetahui apa yang terjadi pada malam tersebut.

Meskipun beranggapan ianya terjadi disebabkan tiupan angin dan turut dibantu oleh permukaan lantai yang licin, Thanasak tetap meneruskan rancangannya untuk melakukan satu upacara khas buat pemilik asal kerus roda tersebut sebagai langkah ‘berjaga-jaga’

Tonton video tersebut di bawah :

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.