fbpx
Now Reading
Tindakan Pantas Ustaz Ebit Lew Ziarah & Bantu Penyanyi To’ki Dapat Pujian & Iringan Doa Dari Netizen

Tindakan Pantas Ustaz Ebit Lew Ziarah & Bantu Penyanyi To’ki Dapat Pujian & Iringan Doa Dari Netizen

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.facebook.com/ebitlewofficialpage/posts/3315477708482451?__tn__=-R

Baru-baru ini tular di media sosial kisah penyanyi dan komposer terkenal di era 90an To’ki yang hidup serba kekurangan bersama  isteri tercinta, Sharifah Fairuz Syed Yusof di sebuah pondok kecil di Gombak.

Lebih menyedihkan apabila dikhabarkan pergerakan isterinya pada ketika ini terbatas dan terpaksa menggunakan kerusi roda kerana mengalami patah tulang pinggul akibat terlibat kemalangan pada 10 Jun lalu.

Namun semua ini tidak menghalang pasangan ini mengecap kebahagiaan malah seniman berjiwa besar ini begitu bersyukur kerana masih lagi memiliki tempat berlindung meskipun jelas pondok tersebut tidak mempunyai kemudahan asas seperti tandas di dalamnya.

Bukan itu sahaja Toki atau nama betulnya Mohd Zaki Mansur  terpaksa turun ke sungai semata-mata untuk mengangkut bekalan air ke rumahnya dan untuk melepaskan ‘hajatnya’.

Foto : Astro Awani

Namun To’ki memilih untuk tidak bercerita kepada orang ramai fasa kesusahan yang sedang dihadapinya kerana tidak mahu orang ada yang berprasangka.

Dapat perhatian Ustaz Ebit

Terbaru kisah To’ki ini turut mendapat perhatian aktivis dan pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew yang begitu terkesan dengan kisah tersebut.

Beliau kemudian bertidak mengunjungi To’ki dan menghabiskan masa seketika bersama seniman tersebut.

Menerusi Facebook Ustaz Ebit berkongsi beberapa foto sewaktu menyantuni To’ki yang jelas menarik perhatian netizen.

Terus bergegas ke sana selepas dapat tahu di Facebook

Sebak sayu tadi ziarah To’ki. Ramai tag saya di fb berita ini. Saya terus ke sana. Sampai je dah berdebar kata Allah ke dalam juga ini. Sekali sampai pondok ini dah setahun To’ki tinggal bersama isterinya yang sakit. To’ki khidmat jaga dan uruskan isteri kerana isteri tak boleh bergerak sangat.

Dari jauh To’ki terus sambut saya dan terus peluk saya. Tak sempat nak cakap apa-apa. Macam dah lama kenal. Terus To’ki kata kenapa ustaz buat semua ini. Kebaikan pada semua orang tanpa harap balasan. Allah sayang ustaz

Kehadiran Ustaz Ebit kesana turut membawa sumbangan peti ais dan mesin basuh untuk To’ki

Sumbang peti ais dan mesin basuh dan cuba uruskan hal air dan tandas

InsyaAllah akan bantu untuk tangki dan water pump air sungai dan bilik air. Saya hadiahkan juga peti ais dan mesin basuh. Dari live kami tadi InsyaAllah Hj Hamid dari Kulim akan beri kayu pain untuk buat rumah cantik-cantik. Syukur dapat berkongsi ilmu dan berkasih sayang.

Netizen sebak dan terharu

Posting tersebut jelas membuatkan ramai netizen sebak dan terharu. Ramai yang memuji dan mengucapkan terima kasih atas usaha dan kerja amal yang dilakukan Ustaz Ebit dan pasukannya dalam membantu memudahkan urusan To’ki.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.