fbpx
Now Reading
“Virus Selesema Babi Dikesan Namun Tidak Berisiko Kepada Manusia” – Jabatan Perkhidmatan Veterinar

“Virus Selesema Babi Dikesan Namun Tidak Berisiko Kepada Manusia” – Jabatan Perkhidmatan Veterinar

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.facebook.com/veterinarmalaysia/posts/2966861163368136?__xts__%5B0%5D=68.ARCxULX6YIKhOWl4w2o3-VGkMbVvvOEWCHpO7bQaBio6S201jN1i2vRiR-idB-ZEAq-WuJfYqjiACu1RlETzkbvnZL0YjCzklD_XvPae9IaRKPRHqAuDbe0ZrpsNDAPWcrmJ3X_JbZwR3VTEQTVJ2I0cWUah61IQNKZGkAkvIHPe87zHuOk796d0PwGDJJpQYwBE59mSyIbpP-1jbIWKk4rVF0GLSHqFkbk_pMATkaHi-yC0PJE-ZScXzFMtrn13Ry_sfa5OKqMiJ1dtv-AlnhPUOBOT090Hgxdi_dNv9XDxbVtAw13qr7_NJuTE8t_sZ6BI-ouJ2_gFnXx8PMme1oZUWA&__tn__=-R

Penularan wabak Covid-19 benar-benar menggerunkan banyak pihak justeru laporan media baru-baru ini mengenai satu lagi virus yang dijangka mampu menjadi pandemik menambahkan ketakutan orang ramai yang baru sahaja menarik nafas lega susulan penurunan kes Covid-19 di Malaysia.

Terbaru, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) telah mengesahkan terdapat ternakan komersial dan babi hutan yang telah disahkan positif virus Influenza H1N1 (SIV H1N1) atau lebih dikenali sebagai selsema babi oleh masyarakat Malaysia secara amnya

Tidak mampu menyebarkan jangkitan kepada manusia

Namun sedikit melegakan apabila DVS dalam kenyataan sama turut meyebut baka babi yang eropositif ini tidak bergejala malah tidak mampu menyebarkan jangkitan selsema babi tersebut kepada manusia.

“Keputusan ujian bagi virus novel 2009 H1N1 pandemic (H1N1 pdm09 ) adalah negatif terhadap semua sampel berkaitan,” menurut kenyataan itu.

Sebagai langkah berjaga-jaga DVS dan Perkhidmatan Kuarantin & Pemeriksaan Malaysia telah melaksanakan beberapa langkah antaranya :

1) Pemantauan pemeriksaan ternakan di pintu masuk utama negara.

2) Mengehadkan kemasukan khinzir dan produk berasaskan babi yang mana diimport dari negara yang mungkin berisiko untuk memperoleh wabak influenza ini.

3) Melaksanakan kempen kesedaran awam kepada penternak dalam memastikan mereka untuk meninggaktkan sistem bio sekuriti di ladang mereka.

4) Latihan kesiapsiagaan melibatkan pelbagai agensi

5) Survelan klinikal dan pensampelan terus di semua ladang babi komersial dan babi hutan di seluruh negara.

Sebagai rekod industri penternak babi di Malaysia mempunyai populasi ternakan sebanyak 1,748,547 yang bernilai lebih RM5 billion yang diternak di 614 ladang komersial yang melibatkan lebih 5,000 pekerja.

Industri babi di Malaysia mempunyai populasi ternakan sebanyak 1,748,547 yang bernilai lebih RM5 billion yang diternak di 614 ladang komersial yang melibatkan lebih 5,000 pekerja.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.