fbpx
Now Reading
IKEA Malaysia Buat Promosi Diskaun, Lebih 900 Produk Turun Harga

IKEA Malaysia Buat Promosi Diskaun, Lebih 900 Produk Turun Harga

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/CCHrzrsAeJI

Semua orang pasti mahukan rumah yang kemas cantik dan teratur kan. Malah lagi menarik jika perabotnya sedondon dan kelihatan moden

Namun ianya kadang-kadang hanya menjadi angan-angan dan cita-cita memandangkan harga untuk membeli perabot yang cantik dan berkualiti agak mahal terutamanya produk luar seperti IKEA .

Eh jap jap!

Tahukah korang, IKEA ketika ini sedang mengadakan jualan harga yang pasti buat korang tak keruan.

Difahamkan lebih 900 produk perabut seperti sofa, kerusi, katil, alatan dapur serta banyak lagi kini diturunkan harga bermula semalam,  2 Julai 2020 hingga 26 Julai 2020 ini

Bukan itu sahaja mereka turut mengadakan promosi untuk makanan mereka seperti Chicken Balls, Almond Cake, Salted Egg Fish & Chips, dan Green Salad.

Untuk ahli IKEA FAMILY pula korang aakan menikmati diskaun tambahan sebanyak 10% untuk semua barangan jualan kecuali pembelian tilam.

Jadi untuk yang belum mendaftar sebagai member apa kata anda daftar sebagai ahli IKEA FAMILY secara percuma di sini atau di mana-mana kiosk IKEA FAMILY di gedung IKEA untuk ganjaran lebih lumayan lagi.

Rebut peluang yang ada ini untuk mendapatkan barangan yang anda kehendaki dengan harga yang menjimatkan.

Selamat bershopping!!

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.