“Kami Akan Bantu To’Ki ” – PPZ-MAIWP
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Baru-baru ini tular kisah penyanyi dan komposert terkenal era 1990-an, To’ki, 53 yang , hidup serba kekurangan bersama isteri tercintanya, di sebuah pondok kecil di Gombak.
Kisah mereka membuatkan orang ramai tersentak memandangkan To’ki atau nama betulnya Mohd Zaki Mansur memilih untuk tidak bercerita kepada orang ramai kondisi kewangannya yang agak tidak stabil
Terbaru kisahnya turut mendapat perhatian Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) yang kemudiannya tampil menghulurkan bantuan.
Perkara tersebut dikongsi sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif, PPZ-MAIWP, Ahmad Shukri Yusoff menerusi sebuah hantaran di laman Facebooknya yang turut berkongsi foto sewaktu menziarahi To,ki dan isterinya pada Rabu lalu.
“Alhamdulillah baru sahaja selesai menziarahi penyanyi dan pengkarya muzik, To’ki di pondoknya tengahari tadi
“Saya bersama sahabat dari @501awani , Raja Hisyam dan sahabat baik To’ki, saudara Baim bertanya khabar di samping menawarkan sedikit bantuan kepada To’ki dan isteri,” tulisnya.
“Kami di PPZ-MAIWP melalui Khaira PPZ (CSR) akan cuba membantu menyediakan rumah yang selesa untuk To’ki dan isteri beristirehat selain bantuan-bantuan yang lain.
“Semoga dengan bantuan ini, To’ki dapat terus berkarya dan menghiburkan semua peminatnya,” katanya.
Namun menurut Ahmad Shukri, penyanyi itu bagaimanapun berat hati untuk berpindah kerana pondok itu sudah menjadi ilham dan inspirasi dalam berkarya.
“Pasukan saya akan mencari rumah berdekatan agar To’ki boleh kembali ke pondok pada bila-bila masa untuk berkarya,” katanya yang memberi tempoh seminggu bagi mendapatkan rumah baharu untuk To’ki.
Selain itu, pihaknya PPZ akan menyediakan kelengkapan seperti peti sejuk, meja makan dan mesin basuh untuk pasangan itu selain membantu membiayai kos baik pulih kereta To’ki.