fbpx
Now Reading
Rezeki Diperlekeh Rakan Kongsi, Penerbit Upin Ipin Buka Cerita Bagaimana Terciptanya Ultraman Ribut

Rezeki Diperlekeh Rakan Kongsi, Penerbit Upin Ipin Buka Cerita Bagaimana Terciptanya Ultraman Ribut

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.facebook.com/hjburhan.radzi/posts/3776033519078804

Peminat Upin-ipin dan Ultraman di Malaysia pasti mengetahui watak Ultraman Ribut, satu watak superhero popular dari Jepun dengan gaya berlawannya yang menggunakan seni silat yang telah diketengahkan oleh siri animasi kanak-kanak tersebut suatu ketika dahulu.

Bukan watak yang direka semberono pastinya, Ultraman Ribut (storm) adalah hasil dari kerjasama bertahun diantara Tsuburaya Production bersama Les Copaque Sdn Bhd.

Malah Ultraman Ribut turut dimasukkan dalam siri terbaru Ultraman iaitu, New Generation Heroes.

Namun tidak ramai yang tahu sejarahnya bagaimana Les Copaque boleh berjaya membawa watak tersebut ke dalam animasi bersiri popular mereka itu.

Menerusi satu perkongsian di Facebook, penerbit dan pemilik Les Copaque Sdn Bhd,  Tuan Haji Burhanuddin Md. Radzi  telah membuka mulut bagaimana kerajasama ini boleh tercetus.

Dan yang menariknya semuanya bermula selepas animasi Upin dan Ipin tanpa sengaja telah direndah-rendahkan oleh rakan kongsi mereka.

Difahamkan semua ini bermula apabila rakan kongsi mereka di Indonesia telah menjemput Hj Burhan untuk satu meghadiri satu mesyuarat di Tokyo.

Menyangkakan mereka bakal bertemu dengan syarikat investment dari Jepun, Fields Corporation, penerbit itu bagaimanapun terkejut selepas mengetahui mereka semua sebenarnya akan bertemu dengan wakil dari Tsuburaya, pemilik IP untuk siri superhero paling popular di Jepun iaitu Ultraman.

Tidak sangka kualiti dan nama Upin direndahkan

Bermula lancar, mesyuarat itu bagaimanapun berubah suasana selepas rakan kongsinya itu cuba ‘menjual’ nama syarikat dengan merendahkan hasil kualiti Upin& Ipin.

Lebih mengejutkan apabila dia mendakwa populariti Upin & Ipin semakin menurun manakala programnya semakin diterima disana sedangkan menurut penerbit Upin Ipin itu, dia tahu tahu kemampuan studio rakan kongsinya itu yang tidak mampu mengejar kualiti animasi 3D mereka

Tsuburaya mencari syarikat produksi untuk IP baharu

Dipendekkan cerita Hj Burhan akhirnya mengetahui Tsuburaya sebenarnya sedang mencari syarikat produksi untuk outsource satu IP baharu dalam bentuk animasi 3D.

Selesai mesyuarat Mr. K, wakil daripada Tsuburaya telah menjemput Haji Burhanuddin untuk melawat pejabatnya pada esok hari, dan pastinya pertemuan itu berlangsung tanpa kehadiran rakan kongsinya dari Indonesia. 

Hasil dari pertemuan keesokan harinya, mesyuarat berakhir dengan perjanjian yang menguntungkan dua-dua pihak dimana, Ultraman akan diketengahkan didalam siri Upin & Ipin secara percuma manakala watak Ultraman juga akan tampil dalam karnival Upin & Ipin juga secara percuma; terima kasih kepada cadangan menari dari isterinya  ,Hajjah Ainon Ariff 

Dari situ bermulalah kisah Upin& ipin bersama Ultraman Ribut, dimana nama ribut itu sendiri adalah dari idea Hj Burhanuddin sendiri.

Tahun 2016, Dua tahun selepas bekerjasama, Les Copaque bagaimanapun kemudianya menghentikan kerjasama bersama Tsuburaya selepas usaha mereka untuk membawa upin ipin masuk ke jepun dilihat tidak berhasil.

Namun hubungan dua syarikat masih lagi berkekalan dan difahamkan pihak Upin-Ipin sedang menunggu lampu hijau dari pihak pengurusan Tsuburaya untuk satu projek filem mega pin & Ipin x Ultraman Ribut di masa akan datang. 

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.