
“Surau & Dewan Dibenarkan Solat Jumaat” – Dr. Zulkifli
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Umum mengetahui kerajaan baru-baru ini sudah membenarkan pembukaan semula semula masjid dan surau untuk aktiviti solat jemaah termasuk solat jumaat selepas beberapa bulan ditutup dalam usaha mengawal wabak Covid-19 yang melanda negara kita.
Selaras dengan keadaan yang dilihat semakin memulih, Menteri Agama, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam satu kenyataan media memaklumkan perlaksanaaan Solat Jumaat dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan diperluaskan mengikut tiga perkara yang dicadangkan oleh kerajaan iaitu;
- Memberi kebenaran kepada surau dan dewan yang sesuai untuk didirikan Solat Jumaat
- Memaksimumkan penggunaan kawasan atau ruang di masjid dan surau Jumaat yang sedia ada.
- Dalam perlaksanaan tersebut, pihak yang bertanggungjawab seharusnya mengikut SOP yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara
Ini sekali gus membolehkan lebih ramai umat Islam dapat melaksanakan ibadah itu berbanding jumlah yang terhad sebelum ini
Semua majlis agama kembali dibenarkan
Dalam pada itu semua majlis ilmu yang kebiasaanyya diadakan di masjid antaranya kelas fardhu ain dan kelas pengajian AL-Quran kembali dibenarkan bermula minggu ini dengan syarat SOP dipatuhi berdasarkan keluasan masjid
“Semua majlis ilmu yang lazim diadakan di masjid, surau Jumaat dan surau seperti kuliah Subuh, Zohor, Asar, Maghrib, Dhuha, kelas fardhu ain, pengajian al-Quran dan lain-lain boleh diadakan bermula minggu ini.
“Ia boleh diadakan dengan syarat SOP dipatuhi berdasarkan keluasan masjid, surau Jumaat atau surau,” katanya.
Dalam kenyataan sama, Zulkifli turut menyeru semua umat Islam untuk sama-sama kembali mengimarahkan masjid, surau Jumaat dan surau.


