fbpx
Now Reading
“Dalam Fiqh Islam, Perogol Tetap Dihukum Sebagai Pesalah” – PU Azman

“Dalam Fiqh Islam, Perogol Tetap Dihukum Sebagai Pesalah” – PU Azman

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini masyarakat kita kecoh membincangkan isu rogol dan siapa yang menjadi puncanya. Bukan sahaja netizen malahan perkara ini turut mendapat perhatian selebriti sehingga timbul salah faham di antara mereka

Isu ini kembali hangat selepas seorang guru turut memuat naik pendapatnya di laman sosial dimana menurutnya jenayah rogol adalah salah wanita yang mengundang perlakuan itu.

Perkongsiannya itu bagaimanapun telah dipadamkan selepas dia dikecam hebat oleh netizen.

Terbaru pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Azman atau nama betunya Azman Syah Alias tampil menjelaskan wanita yang seksi bukan satu alasan untuk perogol melakukan jenayah rogol. 

“Dalam fiqh Islam, perogol tetap dihukum sebagai pesalah. Perempuan seksi bukan alasan untuk “halalkan” jenayah rogol.

Namun dalam masa sama pendakwah bebas yang juga pakar motivasi itu turut menjelaskan wanita islam yang pakaian mereka terdedah juga wajib menutup aurat kerana ianya adalah perintah dari yang Maha Esa

“Tapi perempuan seksi memang wajib tutup aurat. Bukan semata-mata nak elak dirogol, tetapi itu adalah perintah Allah,” jelas PU Azman dalam satu tweetnya .

Perkongsian tersebut jelas mendapat reaksi positif dari netizen dengan rata-rata menyokong kenyataan yang dibuat naiknya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.