fbpx
Now Reading
Kreatif! Demi Jaga Penjarakan Sosial, Jepun Buka Rumah Hantu Pandu Lalu

Kreatif! Demi Jaga Penjarakan Sosial, Jepun Buka Rumah Hantu Pandu Lalu

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Banyak industri yang terjejas susulan dari penularan wabak Covid-19, terutamanya industri pelancongan seperti perhotelan penerbangan dan taman hiburan.

Namun keadaan yang semakin pulih memberikan sinar baru selepas semua industri ini mula dibenarkan dibuka di kebanyakan negara yang sudah berjaya mengawal penularan virus maut tersebut.

Disebalik pembukaan industri-industri tersebut terutamanya industri taman hiburan seperti taman tema, terdapat beberapa jenis perniagaan yang dilihat tidak begitu meyakinkan untuk mula beroperasi kerana agak sukar untuk mematuhi SOP penjarakan sosial seperti rumah hantu.

Namun sebuah rumah hantu diMinato-ku, Tokyo, Jepun berjaya mencipta kelainan dan alternatif baru dalam mejayakan pameran rumah hantu mereka tanpa sedikitpun mengurangkan elemen seram iaitu dengan mengadakan rumah hantu jenis drive thru.

Wow kreatif bukan?

Dengan pengunjung terus kekal di dalam kereta mereka, mereka akan di bawa masuk ke sebuah garaj besar yang merupakan lokasi hantu-hantu tersebut ‘bekerja’

Disitu mereka akan dikejutkan dengan kehadiran hantu-hantu yang akan mengelilingi luar kereta selama beberapa minit.

Bayangkan anda terkurung didalam kereta dan dikelingi oleh sekumpulan ‘hantu’. Ngeri bukan? Dahla tak boleh lari ke mana-mana!


Jelas ini lebih menyeramkan. Pengunjung hanya boleh menarik nafas lega selepas mereka tiba penghujung rumah hantu tersebut.

Untuk merasai pengalam tersebut anda perlu berbelanja ¥8000 (RM 320) per kereta (maksimum 4 orang satu kereta). Namun untuk merasakan pengalaman yang lebih dahsyat dimana kereta anda bakal disimbahi darah merah anda hanya perlu menambah ¥1000 (RM 40) lagi

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.