3 Anak Muda Tempatan Terima Anugerah UK ‘The Diana Award’ Atas Sumbangan Khidmat Sosial

3 anak muda Malaysia mencipta nama apabila dinamakan sebagai penerima anugerah berprestij dari The Diana Award diatas penglibatan aktif dan sumbangan mereka terhadap masyarakat.

Ketiga mereka iaitu Priyanka Vairavasundaram, Nelson Ng Jia Jun, dan Prevena Ramakrishnan dianugerahkan pengiktirafan berprestij itu dalam satu majlis secara online pada rabu 1 Julai yang lalu.

Priyanka Vairavasundram

Priyanka Vairavasundaram,23 seorang pelajar tahun akhir di Monash University menghabiskan masa lapangnya dengan menubuhkan dan mengelola SPARK Student Program, satu kem motivasi dan memperkasakan pelajar berprestasi rendah yang terdiri dari keluarga yang kurang berkemampuan

Mula terbabit dalam kerja kebajikan sejak enam tahun lalu, Priyanka banyak memberikan khidmat sosial di Pulau Pinang dan begitu disenangi oleh banyak pihak pengurusan sekolah di sana

Nelson Ng Jia Jun

Juga berumur 23 tahun, Nelson merupakan pelajar jurusan Aeronautik dan Astronautics di University of Southampton. Pemuda ini merupakan pengasas ProjectED satu program yang memberi akses dan sokongan pendidikan yang setara kepada golongan muda tanpa mengira latar belakang sosio-ekonomi mereka.

Membesar di sebuah perkampungan luar bandar yang terletak di Pontian, Nelson bernasib baik kerana terpilih menerima biasiswa justeru menjadi anak pertama dalam keluarganya yang dapat menyambung pelajaran ke pengajian tinggi.

Pengalaman lalunya menguatkan pemuda ini nekad untuk mengajar anak-anak muda lain yang senasib dengannya

Prevena Ramakrishnan

Antara yang termuda diantara 184 penerima anugerah, Prevena yang baru berumur 18 tahun dan bersekolah di SMK Sultan Badlishah, Kulim , Kedah ini bukan calang-calang orangnya.

Pernah mewakili Malaysia ke pelbagai program antarabangsa sejak berumur 14 tahun antaranya program International Model United Nations program, sentiasa memperjuangkan hak asasi manusia terutamanya kaum wanita dalam bidang STEM ( Sains, Teknologi , Kejuruteraaan & Matematik)

Meskipun bukan yang pertama dan terakhir , usaha dan inisatif ketiga mereka ini wajar di puji malah seharusnya menjadi dorangan untuk ramai lagi anak muda menabur bakti kepada masyarakat setempat.

Sebagai rekod, The Diana Award adalah satu anugerah khas untuk anak-anak muda dari umur 9- 25 tahun yang diwujudkan bersempena memperingati usaha mendiang Puteri Diana dalam kerja-kerja kemanusiaan

Recent Posts

  • Trending

“Macam Cerita K-Drama”- Bapa Catat Setiap Perkembangan Anak Dalam Diari Jadi Contoh Buat Orang Ramai

Menerusi diari tersebut bapa Naufal turut berkongsi detik manisnya menyambut hari jadi pertama anaknya itu…

4 mins ago
  • Trending

“Allahu Sedihnya” – Ramai Sebak Lihat Warga Emas Jual Buah Potong Tepi Jalan Guna Basikal [Video]

Wanita warga emas itu dipercayai menjual buah potong yang siap dibungkus pada harga RM2.

14 mins ago
  • Trending

“Dalam Akaun Ada RM20” – Ibu Cuba Penuhi Permintaan Anak Mahu Beri Hadiah Kepada Guru Jadi Perhatian

Walaupun kekurangan wang, wanita yang dikenali sebagai Siti itu tetap membawa anaknya pergi ke kedai…

21 mins ago
  • Trending

Lelaki Tumpangkan Wanita & Anak Selepas Lihat Si Suami Tolak Motor Di Lebuh Raya Raih Pujian [Video]

Menurut Zufar, dia terlihat wanita dan anaknya itu sedang berjalan kaki manakala suami wanita berkenaan…

3 hours ago
  • Trending

Pelajar Beri Guru ‘Bouquet’ Sayur-Sayuran Tarik Perhatian Ramai [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan pelajar berkenaan seronok apabila guru menerima jambangan sayur-sayuran dengan gembira.

4 hours ago
  • Tech
  • Trending

Pengguna iPhone Dakwa Kemas Kini iOS 17.5 Buat Foto Lama Dipadam Muncul Kembali

Segelintir pengguna iOS 17.5 mendakwa gambar-gambar yang bertahun lamanya sudah dipadam kini hadir semula ke…

4 hours ago