fbpx
Now Reading
Demi Gaya, Lelaki Ini Habiskan RM 17,000 Untuk Topeng Muka Emas Yang Belum Terbukti Berkesan

Demi Gaya, Lelaki Ini Habiskan RM 17,000 Untuk Topeng Muka Emas Yang Belum Terbukti Berkesan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Buat penggemar emas, pasti janggal apabila tiada perhiasan tersebut di badan mereka. Tak kiralah ianya sejenis rantai, gelang mahupun cincin, ketiadaannya akan membuatkan penggemarnya berasa serba ‘kekurangan’

Namun seorang lelaki di Pune, India mencuri tumpuan ramai apabila memilih untuk menggunakan topeng muka khas yang bersalut emas sebagai pelindungnya dari wabak Covid-19.

Difahamkan pelitup muka yang bersalut 60 gram emas itu bukan sahaja mahal malah mengambil masa lapan hari untuk disiapkan.

Shankar Kurhada, seorang usahawan yang berumur 41 tahun itu bagaimanapun tidak mengetahui sama ada topeng muka tersebut berkesan ataupun tidak .

“Ia ialah topeng muka yang nipis dan mempunyai liang kecil yang membolehkan saya bernafas.

“Saya tidak pasti sama ada ia boleh melindungi saya daripada jangkitan Covid-19, namun saya ada juga mengambil langkah berjaga-jaga yang lain,” katanya

Penggemar emas ini mendapat idea untuk menggunakan topeng bersadur emas selepas tular kisah seorang lelaki menggunakan topeng perak. Justeru dia yang sentiasa mengenakan rantai dan gelang emas seberat 1 kilogram memilih untuk menggunakan pelitup muka jenis emas.

“Saya mendapat idea selepas membaca laporan media tentang seorang lelaki memakai topeng muka diperbuat daripada perak.

“Orang ramai turut meminta untuk mengambil swafoto bersama saya. Mereka kagum melihat saya memakai topeng muka di pasar,” jelasnya lagi.

Kerajaan India ketika ini telah mewajibkan penggunaan pelitup muka dalam usaha menanggani penularan wabak Covid-19 yang sudah menjangkiti 673,000 orang dengan lebih 19,000 angka kematian .


© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.