fbpx
Now Reading
Ini Bahaya Buang Air Kecil Dalam Kolam Renang Yang Ramai Orang Tak Tahu

Ini Bahaya Buang Air Kecil Dalam Kolam Renang Yang Ramai Orang Tak Tahu

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pembukaan kembali operasi Taman Tema Air dan aktiviti air pada Julai lalu selepas hampir beberapa bulan tidak beroperasi ekoran dari penularan wabak Covid-19 benar-benar mengembirakan orang ramai.

Justeru ramai mengambil kesempatan dengan bersiar-siar ke taman tema air atau berkunjung ke fasiliti kolam renang yang terdapat di hotel juga di kompleks renang awam selepas hampir 3 bulan terkurang didalam kediaman masing-masing.

Satu yang pasti, selepas sekian lama tak dapat berendam, pasti ramai yang ingin terus kekal dalam air selama mungkin bukan terutamanya anak kecil.

Tidak menjadi masalah asalkan anda tidak melakukan perkara aneh yang dipandang enteng oleh sesetengah orang iaitu dengan membuang air kecil semasa berada di dalam kolam renang.

Ini kerana membuang air didalam kolam renang walaupun tidak seganas Covid-19 namun ia tetap membahayakan

Nak tau kenapa?

Memetik portal Alodokter, bahan klorin yang digunakan untuk membersihkan air kolam sekiranya bercampur dengan cairan air kencing akan mmenghasilkan sejenis bahan kimia beracun yang dipanggil Cyanogen Chloride (CNCI) dan Trichloroamine (NCI3)

Bahan campuran ini bukan sahaja menyebabkan gatal dan alergi pada kulit malah ia mampu memberi kesan kepada kemampuan tubuh badan manusia dalam bertindak balas dengan oksigen .

Selain itu ia juga mempengaruhi keupayaan sistem saraf , pembuluh darah dan jantung serta sistem pernafasan untuk berfungsi dengan baik

Lebih menakutkan, laporan dari wikiwand menunjukkan Cyanogen Chloride atau juga dikenali sebagai CK, suata masa dahulu pernah dicadangkan untuk dijadikan sebagai senjata kimia.

Kalau tak ada masalah seperti di atas ini pun,  air kencing sendiri sudah cukup untuk menyebabkan kolam renang mudah dijangkiti bakteria dan kuman berbahaya seperti Cryptosporidium, Giardia E.Coli dan banyak lagi.

Jadi beringat ok?

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.