Now Reading
“Saya Nak Berehat & Fokus Pada Keluarga” – Kurang ‘Berdrama’ Di Media Sosial, Aliff Syukri Pasang Azam Baru

“Saya Nak Berehat & Fokus Pada Keluarga” – Kurang ‘Berdrama’ Di Media Sosial, Aliff Syukri Pasang Azam Baru

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/CCLzk75pn6z/

Lama tak dengar kisah mengenai usawahan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri yang kerap menimbulkan kontoversi dengan kandungan video yang dikongsikannya di laman sosial sebelum ini.

Namun menerusi satu entri di Instagram, Aliff berkongsi kepada orang ramai azam barunya iaitu ingin kurang mencipta kandungan gila-gila di laman sosialnya.

Sungguh tenang rasanya apabila berseronok bersama dengan keluarga

“Ramai orang kata kenapa Datuk tidak buat video yang pelik-pelik. Bukan apa, saya rasa saya dah nak berehat dan nak fokus kepada keluarga… maklumlah saya dah tua.

“Ini masanya saya memberikan tumpuan lebih kepada keluarga saya dan juga bidang perniagaan. Kalau boleh hari-hari nak macam ini (bercuti) sebabnya dah malas nak berfikir soal bisnes.

Tambahnya dia sebelum ini kurang meluangkan masa bersama keluarga kerana memberi fokus kepada perniagaannya

“Sudah 12 Tahun saya fokus kepada bisnes sehingga jarang ada masa untuk keluarga,” katanya menerusi Instagram.

Turut berkongsi video semasa percutiannya, Aliff turut meluahkan rasa bimbang akan terlepas momen indah bersama anak-anak sekiranya masih sibuk dengan urusan dunia.

“Sekarang ni saya perlu berubah dan menjadi lebih matang khususnya kepada anak-anak saya yang meningkat remaja.

“Saya takut nanti apabila mereka dah besar, saya akan terlepas peluang bersama dengan mereka.

“Doakan saya sekeluarga selamat dan juga gembira. Terima kasih kerana sentiasa menyokong saya!” ujarnya.

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.