fbpx
Now Reading
Sempena Ulangtahun Ke-40 Gundam, Uniqlo Beri Patung Gunpla Percuma

Sempena Ulangtahun Ke-40 Gundam, Uniqlo Beri Patung Gunpla Percuma

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/B80QRxcFeqZ/https://www.instagram.com/p/CCScHtYh3wH/

Jenama pakaian streerwear berjenama dari Jepun, Uniqlo sentiasa penuh dengan kejutan. Jika baru-baru ini mereka mengumumkan akan mengeluarkan baju koleksi khas Ultraman, kini mereka sekali lagi berkolaborasi bersama Gundam

Yang menariknya bagi koleksi UT kali ini mereka akan menghadiahkan patung gunpla Gundam secara percuma kepada pembelinya bermula 13 Julai di outlet terpilih juga secara online bersempena ulang tahun ke-40 .

Difahamkan terdapat dua model edisi terhad yang ditawarkan iaitu Gundam RX-78-2U serta MS-06SU Zaku II yang hadir dengan warna rasmi Uniqlo iaitu merah dan putih.

Jadi syaratnya ?

Salah satu dari patung ini akan menjadi milik anda secara percuma sekiranya anda membeli minimum 2 helai baju Koleksi UT Uniqlo X Gundam ke 40 yang akan di keluarkan bermula 13 Julai ini

Namun anda harus menyemak di outlet terpilih tersebut sama-ada ianya akan di beri secara random ataupun anda boleh membuat pilihan sendiri.

Apa-apapun design yang hadir memang cun habis ! Nak tengok antara design yang mereka tawarkan terus lihat di bawah :

Untuk design lainnya kita tunggu Uniqlo MY keluarkan ok?

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.