Baru 3 Bulan Berniaga Jual Sanitizer, Pasangan Ini Berjaya Raih RM160 Juta
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Benar kata orang, rezeki manusia tiada siapa yang tahu..
Disaat ramai orang kehilangan punca pendapatan susulan dari pandemik Covid-19 yang menyerang seluruh dunia, pasangan suami isteri dari UK telah mencuri tumpuan masyarakat dunia apabila mereka berjaya meraih £30 Juta ( Bersamaan RM160 Juta) hanya dengan menjual hand sanitizer.
Lebih mengejutkan jumlah keuntungan ini berjaya diperoleh tidak sampai 3 bulan Andrew dan Rachel Montague menubuhkan syarikat ClearWater Hygiene yang beribu pejabat di di Edinburgh, Scotland dengan fokus utama mereka iaitu menghasilkan cecair sanitasi pembersih bermutu tinggi sesuai untuk petugas barisan hadapan juga orang ramai.
Dengan menggunakan campuran 80% cecair Ethanol, hand sanitizer mereka yang dihasilkan oleh Deeside Gin Distillery di Banchory, Aberdeenshire dan dibotolkan di Preston, Lancashire bukan sahaja berkualiti tinggi malah sesuai digunakan pusat kesihatan.
Pengeluaran mereka juga dilihat begitu konsisten apabila berjaya menghasilkan hampir 900 ribu liter cecair sanitasi setiap minggu dengan tenaga kerja seramai 12 orang pekerja fulltime dan 8 pekerja berstatus kontrak di seluruh United Kingdom.
Malah yang paling meyakinkan apabila produk mereka turut digunakan petugas perubatan di National Health Service (NHS), sebuah kementerian seumpama KKM di Malaysia selain beberapa syarikat terkemuka dan syarikat milik kerajaan UK seperti Post Office, JD PLC, 02 Retail, BP dan Aldi.
Siapa sangka bukan? Seorang pemaju hartanah dan isterinya yang berniat membantu orang ramai dengan melindungi mereka dari bahaya Covid-19 dalam masa sama boleh menjana sebanyak ini hanya dalam tempoh singkat.