fbpx
Now Reading
Jangan Gelar Diri Anda Pencinta Alam Jika Gagal Patuhi 3 Perkara Ini

Jangan Gelar Diri Anda Pencinta Alam Jika Gagal Patuhi 3 Perkara Ini

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pasti ramai bersetuju kalau kami katakan alam sekitar merupakan anugerah tuhan yang amat bernilai kepada kesejahteraan kehidupan. Malah kita semua selaku penduduk di bumi bergantung kepada sumber semulajadi ini dalam meneruskan kehidupan.

Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memelihara alam sekitar agar ianya terus berfungsi dan memberi manfaat kepada semua penduduk bumi untuk tempoh beribu-ribu tahun lagi.

Antara perkara yang perlu di jaga rapi adalah kebersihan air. Meskipun dunia sudah semakin canggih dengan informasi di hujung jari, dengan penduduk dunia yang semakin bijak, namun masih terdapat segelintir mereka yang seolah tidak bertamadun dan tidak mengambil peduli tentang pencemaran air.

Justeru jika anda merasakan anda seorang pencinta alam pastikan anda patuh pada tiga perkara ini :

#1 Henti buang sampah ke dalam mangkuk tandas

Antara contoh utama pencemaran air adalah disebabkan tandas tersumbat, jadi cara mudah untuk mengelakkan tandas tersumbat adalah dengan tidak membuang barangan ke dalam lubang tandas .

Tabiat buruk in boleh menyebabkan pengumpulan lemak, gris, dan minyak;  bahan-bahan utama yang menjadi penyebab paip tersumbat disebabkan sistem kumbahan tidak mampu menapisnya.

Jika benar anda seorang pencinta alam dan prihatin pada kesihatan bumi takkanlah tabiat buruk ini masih diamalkan di rumah? Sudahlah membuang barangan, nak bayar bil Indah Water Konsortium (IWK) pun susah!

#2 Henti guna jalan mudah dengan membuang sisa cecair minyak ke dalam sinki & tandas

Satu lagi tabiat buruk ramai orang iaitu dengan mengambil jalan mudah dalam menghapuskan sisa cecair berminyak seperti minyak masak iaitu dengan membuangnya ke dalam tandas dan sinki.

Foto : Roto-rooter

Perbuatan ini boleh mengakibatkan kepincangan pada saluran kumbahan menyebabkan ianya tersumbat sekaligus merosakkan saluran paip dalam jangka masa panjang.

#3 Henti buang ubat-ubatan ke dalam air

Percaya atau tidak terdapat segelintir orang yang membuat ubat-ubatan kedalam sinki dan lubang tandas. Tindakan ini tanpa disedari sebenarnya juga merupakan satu permulaan pencemaran alam sekitar.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi laman web mereka turut menjelaskan salah urus ubat yang tidak digunakan ini juga boleh memudaratkan alam sekitar

“Pencemaran air mungkin terjadi kerana pembuangan sisa toksik dan bahan kimia yang tidak teratur, termasuk ubat-ubatan. Melihat dari sudut pandang mikro, tindakan membuang ubat-ubatan yang tidak digunakan adalah titik permulaan pencemaran alam sekitar, terutamanya pencemaran air,” kata KKM.

Tambah mereka, demi menjaga alam sekitar dan penjagaan kesihatan demi hari mendatang, Bahagian Perkhidmatan Farmasi telah menganjurkan kempen yang dipanggil ‘Pengembalian Ubat’ bagi memastikan ubat-ubatan yang tidak digunakan atau sudah tamat tempoh dibuang dengan betul melalui kaedah yang selamat.

Jaga alam sekitar demi kepentingan kita bersama

IWK ingin meminta kerjasama semua pihak yang berkepentingan untuk memainkan peranan mereka dalam menjaga alam sekitar. Kelakuan baik ini semuanya bermula di rumah.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.