Tular Kisah Anak Kecil Maut Tercekik Rambutan, Ini Teknik Yang Ibu Bapa Harus Tahu & Praktikkan

Baru-baru ini tular kejadian tragik seorang anak kecil berumur 3 tahun yang maut gara-gara tercekik biji rambutan.

Perkara ini benar-benar mendukacitakan netizen dan orang ramai yang turut bersedih di atas kejadian tersebut namun tidak ramai yang mengetahui apakah tindakan yang harus diambil sekiranya ianya terjadi.

Susulan dari itu, Public Health Malaysia  telah berkongsi langkah-langkah yang boleh diambil oleh orang dewasa terutamanya ibu-bapa sekiranya kejadian sama berlaku pada kanak-kanak

Ikuti teknik tersebut di bawah :

Teknik Heimlich

Lakukan teknik Heimlich. Ianya teknik bantuan kecemasan yang membantu mengeluarkan objek yang tersekat. Kami kongsikan teknik Heimlich ( di bawah)

#1 Pegang bayi dengan satu tangan . Kedudukan kepala ke bawah dan lebih rendah dari badan

#2 Tepuk 5 kali di antara tulang belikat dengan menggunakan satu tangan

#3 Pusing bayi & kekal pegang dengan satu tangan. Dengan menggunakan Dua atau tiga jari tekan tengah dada sebanyak 5 kali

#4 Ulang langkah 1-3 sehingga objek tersekat itu keluar.

Jika bayi pengsan atau objek itu masih tersekat, segera hubungi 999 dan lakukan CPR

Untuk memudahkan kan anda. Simpan gambar di bawah sebagai panduan anda.

Ianya mungkin boleh menyelamatkan nyawa anak anda atau orang lain pada masa hadapan.

Namun sebagai langkah berjaga-jaga apa kata kawal pemakanan anak anda terutamanya anak kecil di bawah umur 4 tahun. Ini kerana mereka merupakan kumpulan berisiko TINGGI untuk tercekik makanaan. Jadi elakkan dari memberi sebarang makanan yang berisiko tinggi untuk tercekik. 

Potong kecil dan memanjang

Jika anda ingin memberi makanan makanan seperti hot dog, buah anggur, sayuran dan buah pastikan ia di potong kecil dan memanjang.

Pantau semasa mereka ketika mereka sedang makanan dan pastikan mereka duduk diam.

Ambil tahu teknik bantuan kecemasan untuk menyelamatkan kanak kanak tercekik. Malang tidak berbau dan boleh terjadi kepada sesiapa sahaja.

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

KL Welness City Bangunkan Hospital 624 Katil, Umum Sumbangan RM2 Juta Bantu B40

Fasa pertama KLIH dijangka siap pada suku kedua 2026, dan bakal dibuka pada suku ketiga…

1 hour ago
  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

2 days ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

2 days ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

2 days ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

2 days ago