Mengaku Salah Curi Wang Kripto Milik A.Aida, Mas Khan Didenda RM17,000
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Pelakon, Mas Khan yang dikenali menerusi filem Abang Long Fadil 2 didenda RM 17,000 atau penjara 26 bulan sekiranya gagal membayar denda atas kesalahan mencuri ‘wallet’ mata wang kripto bernilai RM213,805 milik penerbit filem Datuk A Aida.
Memetik Bernama, Majistret Farah Nasihah Annuar telah menjatuhkan hukuman terhadap Mas Khan selepas dia menukar pengakuan kepada bersalah semasa sebutan kes kali ketiga.
Pelakon itu didenda RM7,000 atau penjara 12 bulan bagi pertuduhan pertama, dan denda RM10,000 atau penjara 14 bulan untuk kesalahan kedua
Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, Mas Khan atau nama sebenarnya Mas Hidzir Khan Mas Fadzillah Khan didakwa telah mencuri wallet yang merupakan mata wang kripto milik penerbit terkenal A. Aida, 50, tanpa izin bernilai RM59,804.15 dan RM154,000.85 di Taman Ukay Perdana, Ampang pada jam 5 pagi 7 Mac tahun lalu.
Dia kemudiannya telah didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Terdahulu, peguam Surya Putra Mohamad Taufan yang mewakili Mas Khan telah memohon agar denda minimum dikenakan atas alasan anak guamnya penanggung utama keluarga selain telah memberikan kerjasama baik kepada pihak berkuasa sejak awal siasatan.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Nur Intan Syakieraah Zakaria memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran memandangkan kes tersebut serius keseriusan disamping kerugian yang dialami mangsa adalah tinggi iaitu melebihi RM200,000.
Media sebelum ini melaporkan A.Aida bertegas yang di tidak akan beurusan bersama Mas Khan dalam bidang lakonan selepas aktor ini menjadi suspek atas kehilangan wang pelaburannya Bitcoin miliknya
Malah menurut A Aida, meskipun aktor tersebut turut berlakon dalam filem Ratu Kala Jengking terbitannya , dia sama-sekali tidak akan membenarkan pelakon tersebutterlibat dengan sebarang promosi filem