Sekat TikTok, Kini India Cipta TikTik, Aplikasi Sosial Dengan Fungsi Yang Sama
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Baru-baru ini kerajaan India telah mengharamkan berpuluh aplikasi dari China antaranya aplikasi Tik Tok susulan dari pergesaran di antara dua negara yang mengorbankan puluhan askar mereka.
Namun pengharaman tersebut nyata menghampakan 120 juta pengguna Tiktok dari India apatah lagi beberapa top 10 influencer Tiktok adalah dari negara tersebut.
Terbaru selepas beberapa hari pengharaman dilaksanakan, India kini hadir dengan aplikasi mereka sendiri yang dijangka mampu bersaing dengan aplikasi terkenal tersebut yang diberi nama ‘Tik Tik – Made In India’.
Aplikasi ini difahamkan telah dibangunkan oleh Ashish, seorang pelajar tahun tiga di University College of Engineering, Kariyavattom.
Yang menariknya tidak sampai beberapa hari di lancarkan ianya sudah dimuat turun lebih dari 30,000 kali.
Memetik Indian Express , memilih nama berkenaan ianya mudah diingati orang ramai namun yakin yang aplikasi ciptaannya bakal hadir dengan ciri-ciri yang lebih hebat dari aplikasi TikTok sebenarnya antaranya lengkap dengan ruangan chat dan juga tempoh rakaman video yang lebih panjang
Sejauh mana kebenarannya sama-sama kita tunggukan ?