fbpx
Now Reading
“Kami Dilayan Sangat Baik. Doktor Sangat Baik” – Warga Asing Sangkal Dakwaan Dapat Layanan Buruk Di Malaysia

“Kami Dilayan Sangat Baik. Doktor Sangat Baik” – Warga Asing Sangkal Dakwaan Dapat Layanan Buruk Di Malaysia

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Isu video dokumentari Al Jazeera ‘Locked Up in Malaysia’s Lockdown’ mengenai cara kerja Malaysia yang didakwa ‘kejam’ terhadap warga asing dan PATI dalam mengawal penularan wabak COVID-19 benar-benar menaikkan kemarahan rakyat Malaysia.

Pasti yang paling terkesan dengan dokumentari berkenaan adalah petugas barisan hadapan yang menguruskan kesemua mereka yang telah ditahan dan disahkan positif.

Ianya jelas tuduhan tidak berasas seolah hero-hero kita adalah golongan manusia yang tidak berhati perut malah mengamalkan sikap double standard terhadap warga asing.

Semua bagus, doktor bagus, makan bagus

Semua ini bagaimanapun ini disangkal oleh Wajid Ali, seorang peniaga warga asing yang sebelum ini dirawat di hospital tempatan selepas di sahkan positif Covid-10

“Semua bagus. Doktor bagus. Makan bagus. Semua okey,” kata Wajid kepada portal Bernama

12 ahli keluarga positif, manakala ayahnya terkorban

Covid-19 menjadi igauan buruk untuk lelaki ini apabila ayahnya maut selepas bertarung dengan virus maut itu manakala lagi 12 ahli keluarganya turut disahkan positif Covid-19.

Namun kesemua ahli keluarganya termasuk 4 anaknya yang menetap bersama di rumah mereka di Masjid India dilayan dengan baik oleh petugas barisan hadapan dari hari pertama menjalankan saringan sehinggalah 3 minggu mereka berada di Hospital Kuala Lumpur.

Proses saringan di Masjid India Foto : Hmetro

“Kami dilayan sangat baik. Doktor dan jururawat sangat baik terhadap saya dan anak-anak saya,” katanya kepada Bernama,selain di beri makanan dan menukar pakaian setiap hari sepanjang menerima rawatan. 

Sentiasa dapat info terkini sewaktu arwah ayahnya di ICU

Malah tambahnya dia juga sentiasa di berikan maklumat terkini mengenai kondisi ayahnya sewaktu arwah di rawat di ICU

“Ketika ayah saya dirawat di ICU, doktor sentiasa memaklumkan mengenai perkembangan terkini mengenai keadaan ayah sehinggalah ayah saya meninggal dunia,” kata Wajid.

Turut ditawarkan pusat kuarantin percuma oleh kerajaan

Tidak cukup dengan bantuan rawatan, malah menurut Wajid yang fasih berbahasa melayu, kerajaan turut menawarkan pusat kuarantin kepada dia dan sekeluarga selepas kesemua mereka disahkan negatif.

Namun dia memilih untuk menolaknya dan memilih menginap di hotel sendiri memandangkan keluarganya agak ramai.

“Tetapi pada kami lebih mudah untuk keluarga besar seperti kami memilih tinggal di hotel dengan perbelanjaan sendiri bagi menjalani kuarantin selama dua minggu,” katanya.

Gembira rawatan diberikan secara percuma

Mengulas mengenai kos rawatan, lelaki ini juga gembira kerana kos rawatan adalah percuma sedangkan kos saringan di pusat perubatan swasta sahaja sudah mencecah RM580 setiap orang.

Turut dipersetujui seorang lagi warga asing

Perkara sama turut disuarakan seorang warga Bangladesh,  Mohd Humayun .

Dia yang sebelumi ini dirawat di Hospital Sg Buloh selepas disahkan positif Covid-19 memaklumkan dia dan rakan dijaga dengan baik sewaktu di rawat di sana.

“Mereka jaga kami dengan baik. Bagi makan, dua tiga hari kemudian datang periksa,” katanya. 

Seolah satu percutian

Rakan senegaranya, Kamal yang sentiasa menghubungi Humayun semasa dia dirawat mengiyakan kenyataan tersebut malah mengggambarkan yang kawannya itu sedang bercuti dan bukan mendapat rawatan.

“Sebelum dia balik, kami buat panggilan video. Saya tanya, mereka jaga macam mana? Dia cakap, mereka jaga dengan baik. Ubat tak banyak, rehat banyak, tak ada kacau,” katanya seolah itu satu percutian

“Bila ada saringan COVID-19, baru mereka tahu ada masalah.” katanya lagi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.