
“Saya Pernah Jadi Kuli” -Dikecam Hebat Isu ‘Tukang Kebun’, Khalid Jamlus Tampil Mohon Maaf
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Semenjak minggu lalu nama bekas penyerang pasukan Perak FA dan pasukan kebangsaaan, Khalid Jamlus menjadi bualan netizen .
Semuanya gara-gara bekas pemain bola sepak itu dilaporkan melelong pingat dan trofi yang pernah dimenanginya termasuk Kasut Emas Liga M 2002 dalam satu sesi bidaan secara online kerana kesempitan wang demi meneruskan kehidupannya.
Susulan dari itu Khalid dijemput bertemu Timbalan Menteri Belia & Sukan, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal untuk berbincang umengenai kareer masa hadapannya.
Namun nama Khalid tiba-tiba ‘meletup’ sekali lagi, gara-gara jawapan balas yang diberikannya kepada wartawan sewaktu sidang media yang diadakan selepas pertemuan tersebut
“Takkan jadi tukang kebun”
Untuk tatapan peminat bolasepak tanahair. Views at your own risk. pic.twitter.com/cMzxc8GBbU
— E (@E_Blackbeard) July 8, 2020
Meskipun pertemuan dengan Wan Ahmad Fayhsal kedengaran positif, namun penggunaan ayat dan respon Khalid sewaktu sidang media menaikkan kemarahan segelintir netizen dimana rata-rata menyifatkan dia tidak professional dalam menjawab soalan
Terbaru Khalid menerusi Facebook tampil memohon maaf dan menjelaskan situasi dirinya kepada orang ramai.
Buatlah apa yang terbaik untuk diri anda
“Menjadi kehidupan seperti saya buat apa yang terbaik untuk melangsungkan kehidupan.
Pernah jadi runner di APAD
“Baiklah saya akan cerita kepada anda. Selepas saya tamat menjadi coach PDRM saya bekerja menjadi runner di APAD.
Pernah jadi kuli
“Adakah (anda lihat) saya belagak dan memilih kerja. Tidak.. malah saya pernah menjadi kuli untuk satu syarikat pembinaan” tulisnya
“Jadi mengenai isu tukang kebun, kalau kata kan itu kerja saya atau jadi security guard saya akan kerja, kalau itu kerja hakiki saya.
“Cuma ramai mempersoalkan kau sebagai bekas pemain kebangsaan dan mempunyai pengalaman yang luas adakah itu pilihan terbaik?
“Cuma di sini jika ada peluang yang bersesuian dengan kebolehan saya je. Maaf kalau kata-kata saya menyinggung perasaan anda, i’m sorry,” katanya.