
Selepas Rumors Apple Bakal Hadir Tanpa Charger, Kini Samsung Pula Menyusul?
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Jika sebelum ini kami ada melaporkan yang Iphone baru mungkin hadir tanpa charger , nampak gayanya satu lagi gergasi pengeluar telefon iaitu Samsung juga dilaporkan bakal mmengambil pendekatan yang sama.
Baca artikel berkaitan : Iphone 12 mugkin hadir tanpa earpods dan charger
Meskipun ia hanya sekadar ura-ura tanpa sebarang pengesahan dari Samsung, namun ianya nyata mengejutkan peminat yang pada minggu lalu bermati-matian menghentam Apple atas berita tersebut.

Difahamkan alasan yang digunakan Samsung juga seakan sama seperti yang dikatakan Apple iaitu sebagai satu usaha menawarkan peranti mereka dengan harga yang rendah namun dengan ciri-ciri premium.
Selain dari itu antara faktor lain yang disebutkan adalah bagi mengelakkan pembaziran memandangkan ada dakwaaan yang mengatakan kebanyakan pengguna Samsung tidak menggunakan kepala charger yang disertakan didalam kotak jualan mereka sebaliknya memilih kepala charger sedia ada yang dimiliki dari pembelian peranti terdahulu.
Jadi apa pandangan anda? Adakah anda bersetuju sekiranya ura-ura ini benar-benar dilaksanakan oleh dua syarikat gergasi ini?

Atau anda dah jauh kedepan dan lebih selesa menggunakan pengesan tanpa wayar?